Abstract
Mengenal pasti dan memilih makanan yang halal adalah wajib bagi setiap umat Islam mengikut ajaran dan suruhan agama Islam. Di Malaysia, pemilihan produk makanan adalah amat luas. Namun, bagaimanakah pelajar muslimmenilai dan prihatin terhadap sesuatu makanan itu sebelum di makan. Ini adalah penting kerana pelajar yang berada di Institut Pengajian Tinggi (IPT) khususnya merupakan cerminan kepada masyarakat yang sedang berkembang ilmunya. Justeru, kajian ini membincangkan tentang penilaian keprihatinan pelajar muslim di Sarawak dengan menggunakan indeks yang diukur melalui formula yang dicipta oleh TechnoMetrica Institute of Policy and Politics (TIPP) di Amerika Syarikat. Terdapat 6 aspek menjadi pengukuran keprihatinan pelajar iaitu aspek keimanan, pengetahuan, sikap, persekitaran, kesihatan dan kesedaran. Seramai 220 orang pelajar muslim di Sarawak telah terlibat dan memberi maklum balas dengan menggunakan soal selidik secara atas talian. Hasil kajian mendapati bahawa kesemua aspek terbabit menunjukkan pelajar muslim di Sarawak mempunyai indeks keprihatinan yang sangat baik yakni melebihi paras 80%. Walaubagaimanapun, apabila diperincikan secara lebih lanjut, didapati bahawa produk makanan yang sudah menjadi kebiasaan pemakanan muslim lain, tidak lagi menjadi perhatian pelajar muslim terhadap halal haram makanan terbabit (paras indeks terendah di bawah 60%). Ini amat membimbangkan, kerana sebagai seorang muslim sejati, seharusnya kita sentiasa menyemak status kehalalan sesuatu makanan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zainuddin, Puteri Faida Alya UNSPECIFIED Azmi, Afifah UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Study and teaching. Research |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan II Campus Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan II Campus > Faculty of Mathematical Sciences |
Journal or Publication Title: | Proceedings Borneo International Islamic Conference |
ISSN: | 2948-5045 |
Event Title: | Borneo Islamic International Conference |
Event Dates: | 7 hingga 8 September 2022 |
Volume: | 13 |
Page Range: | pp. 180-189 |
Keywords: | indeks, produk, halal, muslim |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116045 |