Abstract
Filem, seperti juga medium seni yang lain, mempunyai bentuk atau "form" yang boleh dilihat secara menyeluruh sebagai satu sistem yang menghubungkan aspek-aspek yang terdapat di dalamnya. Pengalaman menonton sesebuah karya filem yang melibatkan pemahaman, jangkaan, emosi ataupun ungkapan makna seringkali dibentuk dan distrukturkan. Pemikiran kita yang berkehendakkan bentuk tadi. Justeru, bentuk adalah penting dalam segala karya seni tanpa mengira mediumnya. Namun begitu, definisi bentuk atau "form" yang dimaksudkan sentiasa kabur dan seringkali dibincangkan dalam konteks disiplin pengajian filem. Setiap sarjana mempunyai tanggapan sendiri terhadap maksud bentuk filem. Merujuk kepada bentuk filem yang dimajukan oleh David Bordwell dan Kristin Thompson (1990) dibincangkan disini bentuk filem dengan mengambil contoh filem komedi Melayu iaitu NUJUM
PAK BELALANG (1956) arahan dan lakonan P. Ramlee.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Muhammad, Mastura UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > Motion picture industry > Malaysia P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures > Comedy films |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation |
Journal or Publication Title: | Jurnal Skrin Malaysia |
UiTM Journal Collections: | Others > Jurnal Skrin Malaysia |
ISSN: | 1823-1020 |
Volume: | 3 |
Page Range: | pp. 171-188 |
Keywords: | Filem komedi Melayu, Nujum Pak Belalang, P. Ramlee, filem |
Date: | 2006 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11601 |