Abstract
Catatan ini secara ringkasnya meninjau perkembangan media elektronik di tanah air yang telah bermula dengan perkembangan radio dan penggunanya pada zaman Jepun. Setelah merdeka, media ini telah berkembang ke Sabah dan Sarawak sehingga bermulanya pula televisyen di Tanah Melayu. Kini, media elektronik televisyen telah berkembang ke arah penubuhan beberapa buah stesen televisyen yang baru.
Media elektronik (radio dan televisyen) di Nusantara, rata-rata dimiliki oleh pemerintah. Walaupun kini terdapat milik swasta tetapi tetap tertakluk kepada kod atau garis panduan yang ditentukan oleh pemerintah. Meskipun milik pemerintah, rakyat berhak serta berpeluang memberikan kerjasama, melalui petugas yang menyelenggarakan isi kandungan persembahan, sama ada memberikan secara fizikal atau moral. Baik secara langsung atau tidak langsung. Menyebut milik
pemerintah tentulah kedua alat elektronik ini amat penting, terkawal dan segala anggota kerjayanya tertakluk di bawah Perintah Am Kerajaan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Rahman, Mohd Nordin UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Broadcasting > History P Language and Literature > PN Literature (General) > Broadcasting > Radio broadcasting > Malaysia P Language and Literature > PN Literature (General) > Broadcasting > Television broadcasting > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation |
Journal or Publication Title: | Jurnal Skrin Malaysia |
UiTM Journal Collections: | Others > Jurnal Skrin Malaysia |
ISSN: | 1823-1020 |
Volume: | 1 |
Page Range: | pp. 67-69 |
Keywords: | Electronic media |
Collections: | Nusantara |
Date: | 2004 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11589 |
Download
AJ_MOHD NORDIN ABDUL RAHMAN JSM 04 1.pdf
Download (257kB)