Abstract
Bermula semester Mac-Julai 2021, ACIS melangkah ke arah lebih global dengan menyediakan kuliah Mata Pelajaran Umum Universiti (MPU) kepada pelajar secara terbuka, dengan memanfaatkan penggunaan teknologi media sosial. Langkah ini adalah selari dengan praktis universiti tersohor dunia seperti Oxford University, New York University, dan MIT yang sekian lama menawarkan kuliah secara terbuka. Inisiatif ini diambil bagi menyelaras kualiti penyampaian dan pembelajaran yang melibatkan ribuan pelajar yang mengikuti kursus MPU pada setiap semester. Kuliah massa menerusi media sosial adalah platform yang paling mudah dan mesra pelajar untuk diikuti di mana-mana dan boleh dirujuk atau diulang pada bila-bila masa. Ini menepati aspirasi pembelajaran sepanjang hayat yang menjadi salah satu objektif pembelajaran afektif dalam setiap kursus pendidikan. Kuliah massa ini diperkasa dengan bimbingan berterusan oleh para pensyarah secara lebih dekat dengan setiap pelajar, menjadikan pembelajaran berterusan berlaku dengan bimbingan dalam kumpulan kecil yang efektif.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Akademi Pengajian Islam Kontemporari korporatacis@uitm.edu.my |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Journal or Publication Title: | eBuletin ACIS |
ISSN: | 2735-0991 |
Keywords: | e-buletin, ACIS, UiTM Shah Alam, Youtube |
Date: | July 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/115871 |