Abstract
HIMPUNAN SOLIDARITI PELAJAR UITM BERSAMA PALESTIN Program Himpunan Solidariti Pelajar UiTM bersama Palestin telah berlangsung di Dewan Kolej Melati, UiTM Shah Alam sekitar jam 8 malam sehingga jam 1030 malam. Program anjuran Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BНЕР) UiTM ini berjaya menghimpunkan seramai 400 orang pelajar. Program dimulakan dengan solat isya berjemaah, solat hajat dan bacaan qunut nazilah di dewan Melati. Program seterusnya dimulakan secara rasmi dengan ucapan aluan pengerusi majlis dan taklimat sejarah palestin oleh Dr Muhamad Zuhaili Saiman. Seterusnya, majlis menyaksikan persembahan monolog palestin- berjudul Qais dan Laila yang disampaikan oleh wakil pelajar. Bait bait monolog yang disampaikan disambung dengan ucapan wakil MPP ACIS-saudara Che Muhammad Alif Che Ruzlin. Turut hadir menyatakan sokongan adalah YBhg. Profesor Dr Mohd Afandi Mat Rani- Dekan ACIS yang menyampaikan bait sajak yang dinukil sendiri. Selain itu, YBhg. Profesor Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi- Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM turut menyampaikan rasa hati bersolidariti melalui bait ucapan aluan program yang disampaikan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Journal or Publication Title: | eBuletin ACIS |
ISSN: | 2735-0991 |
Keywords: | Himpunan solidariti pelajar, UiTM bersama Palestin |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/115776 |