Majlis penyerahan daging korban ACIS-YBIM peringkat UiTM 2023

UiTM, Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) (2024) Majlis penyerahan daging korban ACIS-YBIM peringkat UiTM 2023. Bulletin. Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM, Shah Alam.

Abstract

Majlis berlangsung di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam pada jam 9 pagi, majlis ini adalah kemuncak bagi kerjasama untuk tahun ketiga di antara Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UITM bersama Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM). YBIM sebagai pemegang rekod pengagihan daging korban terbesar di Malaysia merupakan penganjur ibadah korban pertama yang mendapat pengiktirafan ISO 9001:2015. Pengalaman dan kecekapan pengurusan ibadah korban ini membawa kepada kolaborasi Program Kembara Korban 1001 Asnaf ACIS YBIМ. YBhg. Prof. Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM di dalam ucapan perasmiannya berhasrat supaya jalinan kerjasama ACIS YBIM dapat diteruskan lagi dengan mensasarkan promosi dan penyertaan yang lebih tinggi, supaya lebih banyak manfaat yang akan diperoleh bukan sahaja kepada warga UiTM, malah kepada masyarakat amnya. Keberhasilan program ini memberi impak yang sangat baik dan seharusnya diteruskan. Turut serta di dalam Majlis Penyerahan Daging Korban ACIS YBIM Peringkat UITM 2023 adalah Professor Madya Dr Mohd Afandi Mat Rani, Dekan ACIS; Professor Madya Dr Mohd Ashrof Zaki Yaakob, Pengarah Bahagian Zakat, Sedekah Dan Wakaf (Zawaf); wakil jemputan daripada YBIM dan 20 orang wakil penerima serahan daging korban.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: eBuletin ACIS
ISSN: 2735-0991
Keywords: majlis penyerahan, daging korban ACIS-YBIM, peringkat UiTM
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/115739
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 115739.pdf] Text
115739.pdf

Download (982kB)

ID Number

115739

Indexing

Statistic

Statistic details