Abstract
Di samping itu, Kelab Society Of Pharmacy Students atau dikenali sebagai SOPHYS bagi sesi 2021/2022 telah berjaya melangsungkan program L’Arte Del Linguaggio (Art Of Language) secara maya di platform Microsoft Team. Program ini juga telah berjaya menarik seramai 100 orang mahasiswa dan 200 orang mahasiswi untuk menyertai program ini. Dr. Siti Nur Fadzilah Binti Muhsain, Penolong Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang telah dijemput bagi merasmikan program yang telah berlangsung bermula jam 8 malam sehingga jam 11 malam. P r ogram L’Arte Del Linguaggio (Art Of Languange) ialah sebuah program di bawah kategori akademik/ilmiah yang diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para mahasiswa/mahasiswi tentang pentingnya kemahiran berbahasa lebih daripada satu bahasa dan juga merupakan kelebihan yang amat dikagumi oleh kebanyakan pihak. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memastikan aktiviti yang diadakan mampu meningkatkan kemahiran berkomunikasi sama ada tempatan atau antarabangsa dalam diri pelajar dan memastikan pelajar mampu bertutur sekurang-kurangnya dua bahasa.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Majlis Perwakilan Pelajar, Sekretariat UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang |
Keywords: | e-Buletin Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar Pulau Pinang, UiTM Pulau Pinang |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/115623 |