Abstract
8 Januari 2022 - Youtube Channel PMKE UiTM PENANG telah mengadakan program Unravelling Hidden Secrets in Quran di bawah kelelolaan Persatuan Mahasiswa Kejuteraan Elektrik sesi 2021/2022. Encik Muhammad Nazir Bin Mohammed Khalid, selaku penceramah jemputan telah dijemput bagi memberi perkongsian semasa berlangsungnya program tersebut. Program yang telah diimplementasikan ini telah bermula pada jam 9 pagi sehingga 11 pagi di mana sebanyak 500 peserta yang diwakili oleh mahasiswa UiTM Cawangan Pulau Pinang. Program Unravelling Hidden Secrets in Quran merupakan program yang akan mendedahkan mahasiswa tentang konsep sains, teknologi dan kejuruteraan dari perspektif Islam. Seterusnya, mahasiswa dapat mempelajari tentang pencapaian tamadun islam dalam sains, teknologi dan kejuruteraan. Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Elektrik berharap agar program ini dapat mengeratkan hubungan di antara barisan exco dan ahli di samping memupuk sikap kerja berpasukan dalam organisasi serta dapat melahirkan mahasiswa yang mengetahui degan lebih mendalam tentang sains, teknologi dan kejuruteraan dari perspektif Islam. Malahan, keterjelmaan program ini dapat mempraktikkan mahasiswa dalam ilmu pengetahuan yang baru untuk meningkatkan kecemerlangan akademik yang diceburi serta mendedahkan mahasiswa tentang konsep sains, teknologi dan kejuteraan dari perspektif Islam.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Majlis Perwakilan Pelajar, Sekretariat UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang |
Keywords: | e-Buletin Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar Pulau Pinang, UiTM Pulau Pinang |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/115619 |