Kunjungan hormat Persatuan Veteran Radio Televisyen Malaysia (PVRTM) ke UiTMCS / Mohammad Abang

Abang, Mohammad (2024) Kunjungan hormat Persatuan Veteran Radio Televisyen Malaysia (PVRTM) ke UiTMCS / Mohammad Abang. UiTM Sarawak Bulletin. p. 1. ISSN 2232-1578

Abstract

Persatuan Veteran Radio Televisyen Malaysia (PVRTM) telah mengadakan kunjungan hormat ke UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2. Kehadiran rombongan PVRTM yang diketuai oleh Dato Norhayati Haji Mohd Ismail selaku penasihat yang juga mantan Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia disambut oleh Penolong Rektor UiTM Sarawak Kampus Samarahan 2, Prof. Madya Dr. Hasmah Mohidin yang mewakili Prof. Dato Dr. Jamil Haji Hamali, Rektor UiTM Cawangan Sarawak. Hadir sama adalah Puan Hajah Zohara Gani Bathusha selaku Presiden PVRTM bersama-sama ahli jawatankuasa PVRTM lain termasuk Prof. Datuk Dr. Baharuddin Haji Aziz, Datuk Hajah Habsah Hassan, seorang penulis lirik prolifik dan
dan penulis buku di samping para pensyarah dan pelajar UiTM Cawangan Sarawak. Tujuan kunjungan hormat berkenaan adalah untuk beramah mesra dan bertukar-tukar pendapat di antara pensyarah serta pelajar UiTM Cawangan Sarawak mengenai cabaran industri kreatif, sektor penyiaran dan komunikasi negara pada masa kini dan masa hadapan di era 5G. Pada masa yang sama, PVRTM turut mengadakan dialog mengenai sebuah buku berjudul Di Sebalik Nama Orang RTM terbitan PVRTM iaitu buku yang ditulis oleh Datuk Habsah Hassan. Selain UiTM Cawangan Sarawak, PVRTM turut mengadakan kunjungan ke Universiti Malaysia Sarawak UNIMAS, Universiti Teknologi Swinburne, Filem Negara Malaysia (FINAS) Sarawak, Sarawak Media Group (SMG) selain turut mengunjungi RTM Sarawak.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abang, Mohammad
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Study and teaching. Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus
Journal or Publication Title: UiTM Sarawak Bulletin
ISSN: 2232-1578
Page Range: p. 1
Keywords: kunjungan, persatuan, veteran, radio, televisyen
Date: May 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/115591
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 115591.pdf] Text
115591.pdf

Download (495kB)

ID Number

115591

Indexing

Statistic

Statistic details