Coretan kejayaan bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sarawak / Mohammad Isa Mohamadin

Mohamadin, Mohammad Isa (2024) Coretan kejayaan bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Sarawak / Mohammad Isa Mohamadin. UiTM Sarawak Bulletin. p. 1. ISSN 2232-1578

Abstract

Pada 2 hingga 4 September 2022, telah berlangsung Meeting of Students Affair Administrator (MoSSA) di Marina Island Pangkor Resort, Lumut, Perak. Program ini merupakan program tahunan yang menghimpunkan pegawai-pegawai di Bahagian Hal Ehwal Pelajar dari seluruh Malaysia. Matlamat utama program ini adalah untuk untuk memperkasakan pengurusan Hal Ehwal Pelajar UITM secara menyeluruh. UITM Cawangan Sarawak telah diwakili oleh Timbalan Rektor HEP sendiri iaitu Profesor Madya Ts ChM Dr. Mohammad Isa Mohamadin, Puan Norhayati Umar, Puan Ummi Aminah Zamhari dan Encik Wan Abdul Rahim Wan Ahmad. Kemuncak program ini ialah majlis makan malam dan penyampaian anugerah kepada para pemenang dari pihak pengurusan HEP. Meskipun pengurusan dan pembangunan pelajar di BHEP UITM Cawangan Sarawak menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan, kita telah berjaya merangkul dua anugerah pada malam tersebut. Anugerah Pengurusan Akademik Kokurikulum Cemerlang telah menjadi milik BHEP UITM Cawangan Sarawak, sekaligus membuktikan keberkesanan pengurusan Kokurikulum di UiTM Cawangan Sarawak. Anugerah Inovasi & Inisiatif Baharu juga telah kita menangi. Ini juga merupakan satu testimoni kepada usaha dan inisiatif BHEP UITM Cawangan Sarawak dalam membudayakan pelbagai pendekatan dan pengoperasian cara baru untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti. Dalam mendepani pelbagai isu pengurusan pelajar, penetapan hala tuju dan perancangan teratur amat penting. Dan
pengiktirafan melalui anugerah sebegini juga amat penting sebagai sumber motivasi untuk terus meningkatkan usaha agar lebih berjaya di masa akan datang.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamadin, Mohammad Isa
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Study and teaching. Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus
Journal or Publication Title: UiTM Sarawak Bulletin
ISSN: 2232-1578
Page Range: p. 1
Keywords: coretan, kejayaan, bahagian, pelajar
Date: May 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/115586
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 115586.pdf] Text
115586.pdf

Download (451kB)

ID Number

115586

Indexing

Statistic

Statistic details