Abstract
Dewan Al-Ghazali Bahagian Kemajuan Kerjaya, 31 Januari 2020 - Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) sebelumnya dikenali sebagai Kumpulan Mutu Kerja (KMK). KMK telah diamalkan di UiTM sejak 1986 untuk menyelesaikan masalah kerja dan menambahbaik sistem kerja jabatan serta memberi peluang kepada warga kerja untuk menggilap kebolehan dan potensi diri. Bermula pada tahun 2006, KMK telah ditukar kepada KIK sebagai salah satu mekanisme pengurusan KAIZEN di UiTM. Pejabat Pendaftar turut tidak ketinggalan dalam mendokong aspirasi pengurusan KAIZEN. Seramai 157 staf Pejabat Pendaftar telah menyertai bengkel KIK yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan memberi panduan mengenai kaedah terkini pelaksanaan KIK di peringkat UiTM. la juga bertujuan untuk menerapkan konsep knowledge-based dan creativity-driven dalam pelaksanaan tugasan kerja bagi membolehkan Pejabat Pendaftar menghasilkan inovasi yang dapat memberi nilai tambah kepada penyampaian perkhidmatan. Bengkel ini juga merupakan inisiatif awal untuk menggerakkan semula pelaksanaan KIK di peringkat Pejabat Pendaftar.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Pejabat Pendaftar UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Pejabat Pendaftar |
Journal or Publication Title: | Buletin Pejabat Pendaftar |
Keywords: | Kumpulan inovatif dan kreatif, KIK, pejabat pendaftar |
Date: | 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/115529 |