Dinamik penguasaan politik Melayu di negeri Selangor dari tahun 2008 hingga 2018 / Muhamad Atlizan Darlis, Mohammad Tawfik Yaakub and Awang Azman Awang Pawi

Darlis, Muhamad Atlizan and Yaakub, Mohammad Tawfik and Awang Pawi, Awang Azman (2025) Dinamik penguasaan politik Melayu di negeri Selangor dari tahun 2008 hingga 2018 / Muhamad Atlizan Darlis, Mohammad Tawfik Yaakub and Awang Azman Awang Pawi. Journal of Administrative Science, 22. pp. 65-82. ISSN 2600-9374

Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis penguasaan politik Melayu dalam konteks politik di Selangor dari tahun 2008 hingga 2018, dengan mengambil kira perubahan politik yang signifikan di Malaysia. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui analisis dokumen seperti artikel ilmiah, ucapan politik, dan laporan pilihan raya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gerakan reformasi, peningkatan pengaruh media sosial, dan kelemahan tadbir urus Barisan Nasional (BN) menjadi faktor utama dalam keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12), yang membawa kepada peralihan kuasa daripada BN kepada Pakatan Rakyat (PR). Sokongan bukan Melayu terhadap PR melebihi 90 peratus, manakala sokongan Melayu berada pada kadar 25 hingga 40 peratus. Perpecahan dalam gabungan pembangkang meningkat selepas PRU-12, khususnya apabila sentimen konservatif berkembang di kawasan luar bandar. Kajian ini menggariskan cabaran dalam merundingkan sosiopolitik masyarakat berbilang budaya. Untuk memastikan kestabilan politik di Selangor, pendekatan inklusif yang merentasi sempadan etnik, pematuhan kepada nilai perlembagaan dan dasar yang komprehensif diperlukan. Kajian ini turut meneliti perubahan konsep ketuanan politik Melayu dan kesannya terhadap pentadbiran Selangor. Penemuan ini menekankan keperluan pendekatan kerajaan yang menghargai kepelbagaian dan memastikan pertumbuhan yang adil demi perpaduan politik jangka panjang.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Darlis, Muhamad Atlizan
UNSPECIFIED
Yaakub, Mohammad Tawfik
UNSPECIFIED
Awang Pawi, Awang Azman
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Public policy (General). Policy sciences
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Journal of Administrative Science
UiTM Journal Collections: UiTM Journals > Journal of Administrative Science (JAS)
ISSN: 2600-9374
Volume: 22
Page Range: pp. 65-82
Keywords: Politik melayu, pakatan rakyat, pilihan raya umum, reformasi, Selangor
Date: 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/115373
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 115373.pdf] Text
115373.pdf

Download (246kB)

ID Number

115373

Indexing

Statistic

Statistic details