Abstract
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM DIhatiku dan Salam Keluarga UiTM. Terlebih dahulu setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/2022 UiTM Cawangan Pulau Pinang atas pelantikan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar yang baru bagi sesi kali ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/2022 kerana memberi ruang dan peluang kepada saya untuk menulis sedikit pra kata bagi E-Buletin bagi keluaran Januari dan Februari 2022. Alhamduliilah dengan penuh kesyukuran kepada Alllah SWT saya panjatkan kerana telah memudahkan urusan saya dan rakan-rakan seperjungan daripada Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2020/2021 untuk memimpin sebuah organisasi pelajar tertinggi di UiTM sehingga ke penghujungnya. Ini merupakah satu penghormatan besar dan keistimewaan kepada saya dalam berkhidmat untuk rakan-rakan mahasiswa bagi memartabatkan kedudukan mahasiswa. Namun begitu, memikul tanggungjawab ini merupakan sebuah pengalaman yang menakjubkan kerana kami perlu berhadapan dengan situasi yang luar dari normal biasa iaitu dalam keadaan pandemik Covid-19. Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurusan UiTM Cawangan Pulau Pinang yang dipimpin oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Salmiah Kasolang, Rektor dan Ts. Dr. Mohd Rozaiman Bin Aziz, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar diatas kerjasama yang diberikan sepanjang sesi kepimpinan kami. Seterusnya terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Bahagian Hal Ehwal Pelajar diatas kerjasama dan nasihat yang telah diberikan. Tidak dilupakan buat rakanrakan seperjuangan MPP 2020/2021 dan SMPP 2020/2021 di atas sumbangan tenaga kerja dan khidmat bakti sepanjang sesi 2020/2021. Semoga segala sumbangan yang telah diberikan dibalas dengan rezeki yang melimpah ruah oleh Allah SWT. Terima kasih juga buat semua rakan-rakan kelab dan persatuan pelajar yang banyak membantu kami dalam menyelesaikan isu-isu mahasiswa dan menyampaikan maklumat bagi penambahbaikan pengurusan UiTM.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Jamal, Muhammad Irsyad Syahmi UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang |
Keywords: | e-Buletin Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar Pulau Pinang, UiTM Pulau Pinang |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/115359 |