Direktori Projek Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor “2019 - 2022”

Majid, Muhammad (2022) Direktori Projek Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor “2019 - 2022”. UiTM Johor, Segamat.

Abstract

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Sekalung tahniah saya ucapkan buat pihak redaksi atas kejayaan
menerbitkan Direktori Projek Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor (UiTMCJ) “2019-2022”. Bagi kumpulan editor dan penulis, segala jerih payah dan sumbangan dalam penerbitan direktori ini merupakan usaha yang dihargai kerana ia satu usaha murni dalam menjadikan UiTM sebagai universiti terkenal di peringkat global. Usaha untuk mengumpul dan mengkompilasikan projek yang telah dan akan dijalankan bukanlah perkara yang mudah kerana ia melibatkan kerjasama dan komitmen dari kesemua kakitangan UiTMCJ, samada kakitangan akademik mahupun bukan akademik. Pada hemat saya, penghasilan direktori projek UiTMCJ ini amat penting dan bermanfaat buat semua pihak kerana mempunyai maklumat yang sarat dan dipersembahkan dengan begitu mudah untuk rujukan semua. Direktori projek UiTMCJ merangkumi 59 projek secara keseluruhan dan dikategorikan mengikut kluster berkaitan seperti perundingan, khidmat masyarakat, pendidikan, dan penternakan serta pertanian. Di sini dapat kita lihat bahawa kakitangan UiTMCJ bukan hanya melaksanakan kerja hakiki semata iaitu melahirkan tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang malah mereka juga mempunyai kemahiran dan kepakaran yang disumbangkan untuk pembangunan komuniti setempat. Saya percaya bahawa program yang dilaksanakan adalah proses memasyarakatkan universiti di mana ianya mampu merapatkan jurang yang wujud antara masyarakat dan universiti sejajar dengan pelaksanaan konsep Komuniti Universiti yang telah dilaksanakan oleh UiTM untuk memperluaskan peranan universiti dalam penyebaran ilmu dan maklumat bagi membantu pembangunan industri dan meningkatkan taraf hidup masyarakat. Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak redaksi serta semua pihak yang telah berusaha gigih bagi merealisasikan penerbitan direktori projek UiTMCJ yang bakal menjadi sumber informasi utama gerbang kejayaan UiTMCJ

Metadata

Item Type: Other
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Majid, Muhammad
muhdmajid@uitm.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
UNSPECIFIED
Misnan, Mohamad Farid
UNSPECIFIED
UNSPECIFIED
Ramli, Mohamad Faizal
UNSPECIFIED
UNSPECIFIED
Shaari, Nur Fatihah
UNSPECIFIED
UNSPECIFIED
Ya’acob, Fatin Farazh
UNSPECIFIED
UNSPECIFIED
Md Nawi, Sofwah
UNSPECIFIED
UNSPECIFIED
Kamaludin, Nur Hidayah
UNSPECIFIED
UNSPECIFIED
Aziz, Siti Noor Ain
UNSPECIFIED
UNSPECIFIED
Badyalina, Basri
UNSPECIFIED
UNSPECIFIED
Chang, Kerk Lee
UNSPECIFIED
UNSPECIFIED
Othman, Nor Azairiah Fatimah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General) > Handbooks, manuals, etc.
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus
Keywords: Project directory, UiTM Johor, University projects, Business
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/115356
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 115356.pdf] Text
115356.pdf

Download (4MB)

ID Number

115356

Indexing

Statistic

Statistic details