Abstract
‘Aduh! Sakitnya perut Abah.. Kenapa ni Ya Allah..’ Begitulah rintihan abah hampir setiap masa. Hati mana yang tidak risau kan abah. Belum pernah abah sakit begini. Ummi setia disisi abah bersabar mendengar rintihan abah. Pelbagai cara kami cuba ubati abah, tapi tidak ada satu pun yang melegakan abah. Tanggal 2 Mac 2024, daku pergi menghadiri kursus wajib. Dengan berat hati meninggalkan ummi dan abah. Seperti biasa ciuman dan pelukan buat ummi dan abah daku berikan sebelum berangkat. Entah kenapa rasa sayu. Hari pertama daku tiba, terasa rindu pada ummi and abah. Seperti biasa malam-malam daku akan membuat panggilan video kerana rindukan ummi dan abah. Biarlah orang mengata daku manja tapi begitulah daku dan adik-beradik hampir setiap hari dan malam bertemu di panggilan video.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Md Johan @ Ayyan, Nur Jihan UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
Journal or Publication Title: | APB Rembau e-Bulletin |
ISSN: | 2682-776X |
Keywords: | Rintihan, rindu, panggilan video, kursus |
Date: | 2025 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/115262 |