Teknik bacaan pantas / Nurhidayah Nasharudin and Faddliza Mohd Zaki

Nasharudin, Nurhidayah and Mohd Zaki, Faddliza (2025) Teknik bacaan pantas / Nurhidayah Nasharudin and Faddliza Mohd Zaki. Bulletin. Academy of Language Studies, Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan Branch, Rembau Campus.
Abstract

Bacaan pantas adalah teknik membaca yang bertujuan untuk mempercepatkan pemahaman tanpa mengenepikan kefahaman terhadap isi kandungan. Teknik ini sangat berguna apabila pembaca perlu membaca banyak bahan dalam masa yang terhad, seperti penyelidikan atau kajian akademik. Berdasarkan dapatan kajian, merumuskan bahawa pelaksanaan strategi membaca pantas dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap teks jadual (Endy Pandu Nugroho, 2023). Kepelbagaian dalam penulisan, biasanya menyebabkan pembaca keliru tentang cara membaca setiap jenis teks dengan betul. Ini kerana setiap jenis teks mempunyai begitu banyak langkah. Selain itu, masa untuk belajar membaca adalah terhad, dan pembaca tidak mempunyai banyak masa untuk memikirkan idea dan mencari perkataan yang sesuai untuk apa yang mereka ingin baca. Masalahnya bukan berapa lama masa yang diperlukan untuk belajar membaca, tetapi juga penggunaan kaedah yang sesuai yang digunakan untuk menangkap isi-isi penting teks yang digunakan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 115238.pdf]
Text
115238.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics