Abstract
Peningkatan bilangan mualaf setiap tahun menunjukkan bahawa agama Islam diterima dengan baik oleh masyarakat bukan Islam. Namun demikian, pengislaman mualaf turut memberi kesan kepada pengurusan harta yang ditinggalkan selepas kematian mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji isu-isu berkaitan dengan harta pusaka mualaf di Malaysia. Kajian ini bersifat kualitatif dan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat pelbagai isu berkaitan harta pusaka mualaf yang timbul daripada beberapa faktor, antaranya merahsiakan pengislaman daripada pengetahuan keluarga, kegagalan mendaftarkan status sebagai mualaf di Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), serta tertakluk kepada Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. Kajian ini mencadangkan supaya proses pendaftaran sebagai mualaf diwajibkan, dan pindaan dibuat terhadap AMU 1976 yang bertentangan dengan prinsip Islam. Selain itu, pemerkasaan instrumen pengurusan harta perlu dipertingkatkan bagi memastikan hak waris Islam dan bukan Islam dapat dilindungi.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yaakub, Fadziani fadziani@uitm.edu.my Salleh, Azizon UNSPECIFIED Wan Daud, Wan Naimah UNSPECIFIED |
Subjects: | K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh > Inheritance and succession (Islamic law) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Journal or Publication Title: | Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journals > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS) |
ISSN: | (e-ISSN) :0128-0902 |
Volume: | 10 |
Number: | 3 |
Page Range: | pp. 1-12 |
Keywords: | Harta pusaka, mualaf, faraid, undang-undang pusaka |
Date: | December 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/114912 |