Konsep fiqh Al-Ta’ahhub (fiqh kesiap siagaan) dalam pengurusan industri halal / Muhamad Afiq Abd Razak, Ammar Ismail and Mohd Zaid Daud

Abd Razak, Muhamad Afiq and Ismail, Ammar and Daud, Mohd Zaid (2024) Konsep fiqh Al-Ta’ahhub (fiqh kesiap siagaan) dalam pengurusan industri halal / Muhamad Afiq Abd Razak, Ammar Ismail and Mohd Zaid Daud. Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS), 10 (3): 11. pp. 1-9. ISSN (e-ISSN) : 0128-0902
Identification Number (DOI): 10.24191/jcis.v10i3.11
Abstract

Fiqh al-ta’ahhub (التأهب فقه (merupakan satu konsep di bawah fiqh altawaqqu’ (التوقع فقه (iaitu fiqh mengenai kesiap siagaan. Fiqh al-ta’ahhub bertujuan untuk membawa satu metodologi dalam menghadapi risiko yang mendatang sama ada dalam aspek kehidupan, pengurusan dan lainlain. Sehubungan itu, pengurusan industri halal menghadapi pelbagai cabaran serta risiko yang perlu dikawal, antaranya pemeliharaan integriti halal. Hal ini sangat bertepatan dengan konsep fiqh al-ta’ahhub. Walau bagaimanapun, perbincangan mengenai fikah ini masih belum banyak dibincangkan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengembangkan konsep fiqh al-ta’ahhub dan mengupasnya dalam perspektif pengurusan industri halal. Kajian ini menggunakan metode kualitatif sepenuhnya iaitu melalui kajian perpustakaan bagi pengumpulan data. Sementara itu, analisis data dilakukan menggunakan kaedah analisis kandungan. Berdasarkan dapatan kajian, didapati bahawa pengurusan risiko dalam industri menepati tuntutan dalam Islam, yang dapat dirangkumkan dalam konspe fiqh al-ta’ahhub. Kajian lanjut diperlukan agar konsep ini dapat dikembangkan dengan lebih terperinci.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 114907.pdf]
Text
114907.pdf
Download (525kB)
Indexing & Metrics