Majalah e-Adicita UiTM Cawangan Johor Edisi - 4/2024

Isahak, Siti Nordiyana (2024) Majalah e-Adicita UiTM Cawangan Johor Edisi - 4/2024. Bulletin. UiTM Johor, Segamat.

Abstract

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah Yang Maha Esa, Tuhan Semesta Alam. Saya bersyukur kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya diberikan sedikit ruang untuk menitipkan sepatah dua kata dalam keluaran ketiga Majalah e-ADICITA. Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Sidang Redaksi Majalah e-ADICITA di bawah penyelarasan Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni, UiTM Cawangan Johor kerana telah bekerja keras melaksanakan tanggungjawab dalam penerbitan majalah ini. Sedar tidak sedar, sudah tiga edisi majalah ini diterbitkan. Saya percaya setiap usaha yang dicurahkan wajar mendapat pujian kerana liputan majalah melibatkan aktiviti kedua-dua kampus UITM Cawangan Johor iaitu Kampus Segamat dan Kampus Pasir Gudang.
Penerbitan Majalah e-ADICITA merupakan salah satu daripada Rector's Special Project (RSP). Penerbitan majalah ini sangat penting sebagai kayu pengukur dan menjadi satu indikator semak dan imbang dalam pentadbiran saya. Selain untuk tujuan kewujudan (visibility) kampus, pelaporan sebegini membantu dalam penyediaan Laporan AKNC, MYRA dan sebagainya. Dalam usaha membina imej UiTM Cawangan Johor sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang proaktif dan sentiasa dekat dengan masyarakat, saya percaya peningkatan kepada produktiviti dan daya saing yang sihat perlu seiring dengan proses pembinaan sikap dan karakter dalam mencintai ilmu. Mendepani medan persaingan global dan ledakan perubahan teknologi yang pantas, setiap warga UiTM Cawangan Johor perlu bersedia untuk mengadaptasi kesemua perubahan ini dan memastikan setiap indikator pembangunan menjadi lebih terancang, bersifat inklusif dan berpaksikan inovasi. Justeru transformasi penyampaian perkhidmatan perlu diperhalusi dengan baik supaya setiap pemegang taruh berpuas hati terhadap mutu perkhidmatan yang ditawarkan.
Dalam merangka dan menerbitkan majalah ini, ramai pihak yang telah memberi sumbangan, masa, tenaga dan ilmu. Dedikasi dan sumbangan yang dizahirkan ini adalah berteraskan matlamat yang sama iaitu memastikan penyampaian ilmu sampai kepada segenap peringkat usia. Semangat yang ditunjukkan ini, sekaligus mampu membuktikan kewujudan UITM Cawangan Johor dalam menyumbang impak yang positif kepada masyarakat setempat di samping mendapat keyakinan dari pihak industri dan kepercayaan rakan strategik UITM Cawangan Johor serta sistem UITM keseluruhannya. Dengan tulus ikhlas, saya mendoakan agar usaha ini diberkati Allah SWT. Semoga sumbangan ini dapat melahirkan lebih ramai warga UiTM Cawangan Johor yang bukan sahaja berketerampilan dari sudut ilmunya, tetapi mempunyai nilai tambah yang sentiasa bersedia dengan arus perubahan semasa.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Isahak, Siti Nordiyana
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Director
Zainon, Saunah
UNSPECIFIED
Advisor
Misman, Faridah Najuna
UNSPECIFIED
Chief Editor
Isahak, Siti Nordiana
UNSPECIFIED
Chief Editor
Abdullah, Aryani
UNSPECIFIED
Editor
Ambi, Norhisham
UNSPECIFIED
Editor
Mohamed Ghulam, Norshahnadz
UNSPECIFIED
Editor
Razali, Nurulintan Syazwaney
UNSPECIFIED
Editor
Salamin, Maznah
UNSPECIFIED
Editor
Mohd Shahari, Mimi Hasliah
UNSPECIFIED
Editor
Jamil, Eliana Hasmah
UNSPECIFIED
Editor
Bharum, Mohd Faiezal
UNSPECIFIED
Editor
Mohd Yusof, Rafiuddin
UNSPECIFIED
Editor
Mohamad, Iqlil Dhania
UNSPECIFIED
Editor
Sarman, Siti Rahayu
UNSPECIFIED
Editor
Jalil, Muhamad Faizul Azwan
UNSPECIFIED
Editor
Mohd Noh, Siti Fatimah
UNSPECIFIED
Designer
Sardi, Syamsul Firdaus
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > Marketing
L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus
Keywords: University publication, UiTM Johor, Magazine, Marketing
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/114778
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 114778.pdf] Text
114778.pdf

Download (11MB)

ID Number

114778

Indexing

Statistic

Statistic details