Kontroversi penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan muslim di Malaysia: satu kajian perundangan dan sosial / Mohd Munir Sabtu [et al.]

Sabtu, Mohd Munir and Rahmat, Mohd Izzazuddin and Buang, Mohd Halid Alwani and Mohd Zuki, Mohd Yussof and P. Rameli, Mohd Faizal and Zur Raffar, Izzah Nur Aida (2025) Kontroversi penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan muslim di Malaysia: satu kajian perundangan dan sosial / Mohd Munir Sabtu [et al.]. Journal of Islamic Philanthropy and Social Finance (JIPSF), 7 (1). pp. 94-111. ISSN 2590-3942

Abstract

Kajian ini bertajuk Kontroversi Penggunaan Kalimah Allah dalam Kalangan Bukan Muslim di Malaysia: Satu Kajian Perundangan dan Sosial, yang membincangkan isu penggunaan kalimah "Allah" oleh bukan Muslim di Malaysia dari sudut perundangan dan sosial. Isu ini mencetuskan perdebatan hebat melibatkan hak kebebasan beragama yang dijamin Perlembagaan Persekutuan dengan keperluan menjaga sensitiviti umat Islam. Dari perspektif perundangan, larangan penggunaan kalimah "Allah" bagi bukan Muslim dalam konteks agama Kristian telah disokong oleh undang-undang syariah di beberapa negeri serta keputusan mahkamah. Namun, keputusan ini bertentangan dengan tuntutan hak kebebasan beragama dalam kalangan komuniti bukan Muslim yang melihat kalimah tersebut sebagai sebahagian daripada amalan keagamaan mereka. Sentimen komuniti Muslim pula menekankan bahawa kalimah "Allah" eksklusif bagi Islam, manakala komuniti bukan Muslim pula menganggap larangan ini sebagai pencabulan hak asasi. Media arus perdana dan alternatif juga memainkan peranan penting dalam membentuk persepsi masyarakat mengenai isu ini, dengan memberi tumpuan kepada pelbagai perspektif yang mencorakkan pandangan awam. Kajian ini dilakukan bertujuan mengkaji sejarah dan konteks penggunaan kalimah Allah, dari aspek perundangan di Malaysia serta dimensi sosial dan reaksi masyarakat. Dapatan kajian ini mencadangkan beberapa langkah seperti pendidikan toleransi agama di sekolah, pengukuhan dasar kerajaan, dan inisiatif dialog antara agama untuk menangani isu ini secara harmoni. Kesimpulannya, kajian ini menyeru pendekatan yang lebih inklusif dan toleran dalam menangani isu kalimah "Allah" bagi menjaga keharmonian dan kestabilan masyarakat majmuk di Malaysia.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sabtu, Mohd Munir
2023898856@student.uitm.edu.my
Rahmat, Mohd Izzazuddin
2023433978@student.uitm.edu.my
Buang, Mohd Halid Alwani
202346574@student.uitm.edu.my
Mohd Zuki, Mohd Yussof
2023411714@student.uitm.edu.my
P. Rameli, Mohd Faizal
faizal061@uitm.edu.my
Zur Raffar, Izzah Nur Aida
izzahnur@uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > General works on Islam
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Islamic Philanthropy and Social Finance (JIPSF)
ISSN: 2590-3942
Volume: 7
Number: 1
Page Range: pp. 94-111
Keywords: Kalimah Allah; Muslim; Bukan muslim; Kebebasan agama; Perundangan
Date: March 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/114732
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 114732.pdf] Text
114732.pdf

Download (325kB)

ID Number

114732

Indexing

Statistic

Statistic details