Abstract
Dompet elektronik semakin popular di Malaysia kerana kemudahan dan keselamatannya, namun kebimbangan timbul mengenai ketidakjelasan transaksi yang melibatkan dana, ganjaran, dan caj tersembunyi. Berdasarkan prinsip syariah, gharar dilarang kerana boleh menimbulkan ketidakadilan dan kerugian. Kajian in bertujuan untuk menganalisis unsur ketidakpastian (gharar) dalam penggunaan dompet elektronik (ewallet) berdasarkan perspektif syariah. Pendekatan kualitatif digunakan melalui analisis kandungan Al-Quran, Hadis, dan pendapat ulama, serta penulisan jurnal ilmiah berkaitan isu ini. Fokus kajian ini adalah untuk menunjukkan unsur gharar wujud dalam transaksi e-wallet melalui ketidakpastian baki, tawaran ganjaran seperti cashback yang bersyarat, serta isu teknikal dalam penyerahan dana. Selain itu, penggunaan ewallet juga terdedah kepada unsur ketidakpastian dalam sifat barangan serta insentif ganjaran. Hasil kajian menunjukkan bahawa elemen gharar yang tidak diurus dengan baik boleh merosakkan akad dan menjejaskan keyakinan pengguna. Oleh itu, penyedia e-wallet perlu memastikan setiap maklumat jelas dan mematuhi prinsip syariah bagi mengekalkan kepercayaan pengguna Muslim.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zakaria, Amira Annisa 2023165347@student.uitm.edu.my Syaril Azuan, Dahlia Awatif 2023500213@student.uitm.edu.my Kamaruzaman, Yumni Nabilah 2023375175@student.uitm.edu.my Ghazali, Nazurah 2023500073@student.uitm.edu.my Che Man, Norajila norajila@uitm.edu.my |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Electronic commerce H Social Sciences > HJ Public Finance K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Journal or Publication Title: | Journal of Islamic Philanthropy and Social Finance (JIPSF) |
ISSN: | 2590-3942 |
Volume: | 7 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 85-93 |
Keywords: | Gharar; E-wallet; Transaksi; Patuh Syariah; e-Dagang |
Date: | March 2025 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/114714 |