Bahasa Mandarin moden komprehensif (2) / Mok Soon Sim ... [et al.]

Mok, Soon Sim and Goh, Chin Shuang and Tengku Shamsudden, Tengku Azeezeen and Neo, Yee Feng and On, Yee Min (2025) Bahasa Mandarin moden komprehensif (2) / Mok Soon Sim ... [et al.]. UiTM Press, Universiti Teknologi MARA (UiTM). ISBN 978-629-496-083-1
Abstract

Bahasa Mandarin Moden Komprehensif (2) merupakan buku teks tahap kedua dalam siri bahasa Mandarin untuk pelajar program ijazah di Universiti Teknologi MARA yang telah memilih Mandarin sebagai bahasa ketiga mereka. Buku teks komprehensif ini bukan hanya direka khas untuk tujuan akademik, malah berfungsi sebagai sumber rujukan bagi individu yang berminat untuk belajar Mandarin secara kendiri. Buku teks ini amat menekankan peningkatan kemahiran komunikasi lisan. Dialog situasi telah dirangka sepenuhnya untuk mencerminkan konteks tempatan bagi membolehkan pelajar berinteraksi secara efektif dengan komuniti Cina tempatan. Selain itu, buku teks ini turut dilengkapi dengan kosa kata dan struktur tatabahasa dari Hanyu Shuiping Kaoshi (HSK), khususnya tahap 1 dan 2. Penyertaan strategik ini adalah bagi mempersiapkan pelajar agar berkeyakinan untuk menduduki peperiksaan HSK yang berkaitan setelah mempelajari bahasa Mandarin melalui buku teks ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 114179.pdf]
Text
114179.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics