Faktor-faktor pelajar lemah dalam asas algebra / Fadzilawani Astifar Alias ... [et al.]

Alias, Fadzilawani Astifar and Mahlan, Siti Balqis and Shamsuddin, Maisurah and Hamat, Muniroh (2025) Faktor-faktor pelajar lemah dalam asas algebra / Fadzilawani Astifar Alias ... [et al.]. Beyond Boundaries: The Multidimensional Horizons of E-Learning, 9. pp. 82-87. ISSN 9786299875550
Abstract

Asas algebra adalah perkara penting dalam matematik, tetapi ramai pelajar menghadapi kesukaran untuk menguasainya, terutama apabila mereka melangkah ke alam universiti. Kajian ini bertujuan untuk mencari faktor utama mengapa pelajar lemah dalam asas algebra sejak di peringkat sekolah menengah. Beberapa faktor yang dikenal pasti termasuk cara pengajaran yang lebih menekankan hafalan daripada pemahaman, kurangnya latihan berterusan, dan kurangnya kaitan algebra dengan kehidupan seharian. Selain itu, tekanan akademik di sekolah dan perubahan topik yang cepat juga boleh menyebabkan pelajar sukar untuk menguasai algebra. Kekurangan penguasaan asas algebra ini memberi kesan kepada pembelajaran matematik di universiti, kerana pelajar sukar mengikuti topik yang lebih rumit. Oleh yang demikian, kaedah pengajaran perlu diperbaiki dengan memberi lebih banyak latihan praktikal dan sokongan tambahan kepada pelajar supaya mereka dapat menguasai asas algebra dengan lebih baik.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 114122.pdf]
Text
114122.pdf
Download (322kB)
Indexing & Metrics