Analisa kajian psikospiritual islam di Malaysia: sorotan kajian sistematik (slr)

Mazlan, Nur Masitah and Mohd Burhan, Norhapizah (2024) Analisa kajian psikospiritual islam di Malaysia: sorotan kajian sistematik (slr). GADING (Online) Journal for Social Sciences, 27: 11. pp. 93-102. ISSN 2600-7568
Identification Number (DOI): 10.24191/gading.v27i0
Abstract

Psikospiritual Islam merupakan sebuah disiplin ilmu yang mengintegrasikan elemen psikologi dan kerohanian berasaskan kepada prinsip Islam. Ia juga dikenali sebagai kaedah rawatan jiwa dan rohani berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah serta amalan para ulama Islam terdahulu yang bertepatan dengan prinsip syariah Islam. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kajian tentang psikospiritual Islam yang telah dijalankan oleh para pengkaji di Malaysia. Pendekatan kajian ini adalah secara kualitatif menggunakan reka bentuk analisis kandungan secara sorotan kajian sistematik (systematic literature review-SLR) yang memberi fokus kepada elemen psikospiritual Islam. Pelaksanaan kajian ini mempunyai tiga peringkat: (i) memilih artikel yang bersesuaian dengan kajian iaitu, pengenalpastian (identification), ii) saringan artikel yang diperlukan (screening) dan iii) kelayakan (eligibility) dengan fokus kajian. Kajian mendapati hanya 12 artikel yang memenuhi 3 kriteria tersebut yang membincangkan isu psikospiritual daripada pelbagai skop perbincangan. Berdasarkan kesemua artikel yang dikaji, dapatan kajian menunjukkan psikospiritual Islam berupaya menyelesaikan masalah hidup yang dihadapi oleh pelbagai lapisan kategori manusia kerana ia adalah proses mengembalikan hamba kepada Allah S.W.T. Kesimpulannya, psikospiritual Islam sangat berperanan dalam membentuk diri manusia agar menjadi hamba yang bertakwa di sisi Allah S.W.T.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 114112.pdf]
Text
114112.pdf
Download (344kB)
Indexing & Metrics