Abstract
Psikospiritual Islam merupakan sebuah disiplin ilmu yang mengintegrasikan elemen psikologi dan kerohanian berasaskan kepada prinsip Islam. Ia juga dikenali sebagai kaedah rawatan jiwa dan rohani berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah serta amalan para ulama Islam terdahulu yang bertepatan dengan prinsip syariah Islam. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kajian tentang psikospiritual Islam yang telah dijalankan oleh para pengkaji di Malaysia. Pendekatan kajian ini adalah secara kualitatif menggunakan reka bentuk analisis kandungan secara sorotan kajian sistematik (systematic literature review-SLR) yang memberi fokus kepada elemen psikospiritual Islam. Pelaksanaan kajian ini mempunyai tiga peringkat: (i) memilih artikel yang bersesuaian dengan kajian iaitu, pengenalpastian (identification), ii) saringan artikel yang diperlukan (screening) dan iii) kelayakan (eligibility) dengan fokus kajian. Kajian mendapati hanya 12 artikel yang memenuhi 3 kriteria tersebut yang membincangkan isu psikospiritual daripada pelbagai skop perbincangan. Berdasarkan kesemua artikel yang dikaji, dapatan kajian menunjukkan psikospiritual Islam berupaya menyelesaikan masalah hidup yang dihadapi oleh pelbagai lapisan kategori manusia kerana ia adalah proses mengembalikan hamba kepada Allah S.W.T. Kesimpulannya, psikospiritual Islam sangat berperanan dalam membentuk diri manusia agar menjadi hamba yang bertakwa di sisi Allah S.W.T.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mazlan, Nur Masitah UNSPECIFIED Mohd Burhan, Norhapizah drizahuitm@gmail.com |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
| Journal or Publication Title: | GADING (Online) Journal for Social Sciences |
| UiTM Journal Collections: | UiTM Journals > Gading Journal for the Social Sciences (GADINGSS) |
| ISSN: | 2600-7568 |
| Volume: | 27 |
| Number: | 0 |
| Page Range: | pp. 93-102 |
| Keywords: | Psikologi, Psikospiritual, Sistematik literatur review, Analisa, Islam |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/114112 |
