Jurang digital dalam sektor pendidikan: satu tinjauan sistematik

Hashim, Ina Murni (2024) Jurang digital dalam sektor pendidikan: satu tinjauan sistematik. GADING (Online) Journal for Social Sciences, 27: 10. pp. 87-92. ISSN 2600-7568

Official URL: https://gadingssuitm.com/

Identification Number (DOI): 10.24191/gading.v27i0

Abstract

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) serta proses pendigitalisasian yang pantas telah memberi pengaruh dan kesan yang besar terhadap kehidupan masyarakat. Walaupun banyak faedah dan kebaikan yang diperolehi, namun perkembangan tersebut telah mewujudkan ketidaksetaraan dalam penggunaan dan akses kepada teknologi serta mewujudkan fenomena jurang digital. Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap jurang digital dan faktor-faktor yang mempengaruhinya dalam literatur terkini (2019-2023). Metodologi berbentuk kualitatif, iaitu kaedah tinjauan literatur berdasarkan garis panduan PRISMA digunakan dengan menganalisis dokumen untuk memperoleh data dan maklumat bagi menjawab persoalan kajian. Hasil analisis menunjukkan banyak kajian memfokuskan kepada jurang digital tahap pertama dan kedua, sementara jurang digital tahap ketiga sangat kurang diberi perhatian. Analisis juga mendapati terdapat lima kategori faktor utama yang boleh mempengaruhi jurang digital, iaitu sosioekonomi, skil dan kemahiran, infrastruktur dan fasiliti, sikap dan tingkah laku, serta sosiodemografik. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa faktor-faktor yang menentukan jurang digital dalam kajian-kajian terkini adalah tidak berbeza dengan kajian terdahulu. Kajian ini diharap dapat membantu pihak berkepentingan dalam sektor pendidikan dan para pengkaji untuk melihat dan memahami fenomena jurang digital dalam literatur terkini.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hashim, Ina Murni
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology
L Education > LB Theory and practice of education > Computers in education. Information technology
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: GADING (Online) Journal for Social Sciences
UiTM Journal Collections: UiTM Journals > Gading Journal for the Social Sciences (GADINGSS)
ISSN: 2600-7568
Volume: 27
Number: 0
Page Range: pp. 87-92
Keywords: Jurang digital, Pendidikan, Teknologi maklumat dan komunikasi
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/114111
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 114111.pdf] Text
114111.pdf

Download (322kB)

ID Number

114111

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details