Modul kursus kepimpinan pelajar UiTM: impak kepada pemimpin mahasiswa di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang

Jusoh, Mohd Kamal Azman and Che Harun, Mohd Faizal Azrul Azwan and Arun, Norhaslinda and Mohamed Azudin, Muhammad Zainuddin and Azemi, Mohd Azharul and Jaafar, Mohd Risham and Sharuddin, Amar (2024) Modul kursus kepimpinan pelajar UiTM: impak kepada pemimpin mahasiswa di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang. GADING (Online) Journal for Social Sciences, 27 (SI): 9. pp. 79-86. ISSN 2600-7568

Official URL: https://gadingssuitm.com/

Identification Number (DOI): 10.24191/gading.v27i0

Abstract

Kepimpinan mahasiswa merupakan satu elemen yang penting dalam sesebuah institusi pengajian. Setiap mahasiswa yang dilantik sebagai pemimpin mahasiswa haruslah mempunyai kredibiliti dan sifat sebagai seorang pemimpin yang disegani dan dihormati. Dalam melahirkan pemimpin yang mempunyai daya saing dan pemikiran yang berkelas dunia, Universiti Teknologi MARA melalui Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah mewujudkan satu inisiatif dengan memperkenalkan modul kepimpinan pelajar. Modul ini mengandungi tiga modul utama iaitu Modul Kepimpinan Profesional (Ikon), Modul Kepimpinan Profesional (Juara Komuniti), dan Modul Kepimpinan Dinamik. Kajian yang dijalankan ini bertujuan mengkaji impak kandungan program terhadap pemimpin mahasiswa di UiTM Cawangan Pahang. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dan analisa yang digunakan adalah kekerapan dan skor min. Responden yang dipilih adalah mereka yang pernah mengikuti modul ini dan terdiri daripada para pelajar ijazah sarjana muda serta diploma dari Kampus Jengka dan Kampus Raub untuk tahun 2022 dan 2023. Hasil kajian menunjukkan keputusan yang positif dengan skor min keseluruhan bagi kandungan modul dan impaknya terhadap kepimpinan mahasiswa melebihi paras 4.0. Skor min ini menunjukkan responden bersetuju kandungan program ini memberi impak kepada pemimpin mahasiswa di UiTM Cawangan Pahang. Selain itu, Kajian ini juga dilihat mampu membantu bahagian hal ehwal pelajar dalam melahirkan mahasiswa UiTM yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan unggul. Dapatan kajian ini juga mengesyorkan penambahbaikan terhadap modul-modul sedia ada bagi tujuan pemantapan modul pada masa hadapan dan keberhasilan yang relevan bagi mahasiswa UiTM.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jusoh, Mohd Kamal Azman
UNSPECIFIED
Che Harun, Mohd Faizal Azrul Azwan
faizalazrul@uitm.edu.my
Arun, Norhaslinda
UNSPECIFIED
Mohamed Azudin, Muhammad Zainuddin
UNSPECIFIED
Azemi, Mohd Azharul
UNSPECIFIED
Jaafar, Mohd Risham
UNSPECIFIED
Sharuddin, Amar
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: GADING (Online) Journal for Social Sciences
UiTM Journal Collections: UiTM Journals > Gading Journal for the Social Sciences (GADINGSS)
ISSN: 2600-7568
Volume: 27
Number: SI
Page Range: pp. 79-86
Keywords: Kepimpinan, Impak, UiTM, Profesional, Ikon, Dinamik
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/114108
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 114108.pdf] Text
114108.pdf

Download (207kB)

ID Number

114108

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details