Abstract
Kejayaan di dalam pencapaian akademik memerlukan persediaan pembelajaran yang berkesan. Ini kerana proses penilaian akademik tidak lagi berpaksikan kepada peperiksaan semata-mata tetapi merangkumi pelbagai bentuk penilaian terhadap kemahiran generik. Pihak majikan meletakkan pencapaian akademik yang cemerlang sebagai salah satu kriteria utama pengambilan tenaga kerja dengan tanggapan pelajar yang cemerlang di dalam pencapaian akademik adalah pelajar yang dapat menguasai kemahiran generik dengan baik. Oleh hal yang demikian, satu inisiatif alatan sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Pasir Gudang. Pengelasan tahap kesukaran pembelajaran diperkenalkan untuk pelabelan kursus dalam program, topik dalam kursus dan subtopic dalam topik mengikut tahap kesukaran pembelajaran dari sangat mudah ke sukar. Melalui pelabelan ini, para pelajar dapat membuat perancangan pembelajaran dengan memberi lebih tumpuan dan masa kepada kursus, topik dan subtopik yang dikategorikan sebagai sukar. Oleh itu, tinjauan untuk melihat potensi inisiatif ini dilakukan terhadap kumpulan sasaran pengguna sebelum langkah seterusnya diambil. Hal ini bagi memantau keberkesanannya sebelum digunakan secara meluas. Seramai 50 orang pelajar program Diploma Kejuruteraan Awam dipilih sebagai responden dan ditemu bual berdasarkan instrumen set soal selidik bagi mengetahui persepsi terhadap cadangan pelabelan dan potensi sebagai alatan sokongan proses pengajaran dan pembelajaran. Responden bersetuju bahawa pelabelan yang dicadangkan adalah bersesuaian dan tersedia untuk diguna pakai dengan tahap persetujuan melebihi 90%. Manakala, persepsi potensi pula, purata skor min > 4.5 (sangat setuju) dan tahap signifikan ujian-t, p = 0.027 yang bermakna para responden bersetuju bahawa inisiatif ini berkeupayaan untuk mencapai objektifnya dan akan memberikan kesan yang lebih positif sekiranya diguna pakai. Walaupun sekecil mana usaha yang dilakukan, sewajarnya para pendidik harus terus berusaha untuk memberi sumbangan dalam pembangunan inisiatif yang dapat dimanfaat oleh para pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi mempertingkatkan peluang kemudahan pasaran dan kebolehpasaran mereka di dalam industri pekerjaan sebenar.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Bachok, Mohd Fairuz UNSPECIFIED Mohd Latib, Farah Wahida farahwahidaml@uitm.edu.my Ab Latif, Amminudin UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement L Education > LB Theory and practice of education > Curriculum |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
| Journal or Publication Title: | GADING (Online) Journal for Social Sciences |
| UiTM Journal Collections: | UiTM Journals > Gading Journal for the Social Sciences (GADINGSS) |
| ISSN: | 2600-7568 |
| Volume: | 27 |
| Number: | 0 |
| Page Range: | pp. 58-65 |
| Keywords: | Pembelajaran, Pengelasan, Potensi, Tahap kesukaran, Tinjauan |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/114105 |
