Sejauh mana aliran pengajian dan keputusan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah mempengaruhi prestasi akademik pelajar Pra-Diploma

Awang Kader, Mohd Aidil Riduan and Mohd Zaki, Suhanom and Mohd Hanifah, Nurhani Izzati (2024) Sejauh mana aliran pengajian dan keputusan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah mempengaruhi prestasi akademik pelajar Pra-Diploma. Gading Journal for Social Sciences, 27: 5. pp. 40-48. ISSN 2600-7568
Identification Number (DOI): 10.24191/gading.v27i0
Abstract

Kajian ini mengkaji hubungan antara aliran pengajian di sekolah menengah dan keputusan Bahasa Inggeris Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan prestasi akademik pelajar dalam program Pra-Diploma Perdagangan. Seramai 121 orang responden daripada program Pra-Diploma Perdagangan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Jengka telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Tinjauan soal selidik secara atas talian telah dijalankan dan analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis data dengan menggunakan perisian SPSS versi 28. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa majoriti responden mengambil aliran Perdagangan atau Ekonomi di sekolah menengah, namun tidak terdapat hubungan yang signifikan antara aliran tersebut dengan prestasi akademik bagi kursus Pengenalan kepada Perniagaan di peringkat universiti. Namun, hasil ujian Chi- Square menunjukkan hubungan yang signifikan antara keputusan Bahasa Inggeris SPM dan prestasi akademik bagi kursus Pengenalan kepada Perniagaan. Kebanyakan responden yang hanya memperolehi lulus dalam Bahasa Inggeris SPM juga mencapai prestasi yang rendah dalam kursus Pengenalan kepada Perniagaan di peringkat pra-diploma. Hal ini menunjukkan kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris dalam mencapai kejayaan akademik. Kajian ini memberikan pandangan yang lebih mendalam mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi akademik pelajar Pra- Diploma Perdagangan, dengan penekanan khusus kepada aspek Bahasa Inggeris. Implikasi kajian ini dapat membantu universiti untuk meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta menyokong pelajar yang menghadapi cabaran dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 114097.pdf]
Text
114097.pdf
Download (376kB)
Indexing & Metrics