Abstract
Kajian ini memberi fokus kepada masalah yang menjadi punca beberapa Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS) 'kehilangan' separuh daripada pelajar yang sepatutnya melanjutkan pelajaran di IPT masing-masing pada tahun ini. Kajian ini melibatkan seramai sembilan orang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara lisan bagi mengenal pasti faktor mereka membuat keputusan untuk tidak melanjutkan atau menangguhkan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi. Berdasarkan dapatan kajian, didapati bahawa kerisauan untuk mendapat peluang pekerjaan selepas pengijazahan, ketiadaan minat untuk meneruskan pembelajaran dalam jurusan yang tidak dipilih oleh pelajar itu sendiri, kebimbangan dibelenggu hutang selepas tamat pengajian, keseronokan menjana pendapatan sendiri dalam ekonomi jangka pendek, keinginan mendalam untuk menjadi influencer atau pempengaruh dan tekanan dari keluarga mempengaruhi mereka dalam membuat keputusan. Diharapkan dengan maklumat yang diperolehi dari hasil kajian ini dapat digunakan untuk menghasilkan strategi dalam menangani permasalahan ini dan dijadikan panduan untuk kajian yang seterusnya di masa yang akan datang.
Metadata
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Bakar, Sulaila UNSPECIFIED Mohd Sahidol, Jun Nirlawati UNSPECIFIED Muslim, Mazni maznimus@uitm.edu.com |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
| Journal or Publication Title: | Gading Journal for Social Sciences |
| UiTM Journal Collections: | UiTM Journals > Gading Journal for the Social Sciences (GADINGSS) |
| ISSN: | 2600-7568 |
| Volume: | 27 |
| Number: | 0 |
| Page Range: | pp. 26-32 |
| Keywords: | Faktor, IPT, Kajian kualitatif, SPM, Strategi |
| Date: | 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/114093 |
