Mengimbas etnofederalisme dalam persekutuan malaysia: aplikasi, limitasi dan implikasi / Abdul Aqmar Ahmad Tajudin and Abdul Aqmar Ahmad Tajudin

Ahmad Tajudin, Abdul Aqmar and Zawawi, Hussain Yusri (2024) Mengimbas etnofederalisme dalam persekutuan malaysia: aplikasi, limitasi dan implikasi / Abdul Aqmar Ahmad Tajudin and Abdul Aqmar Ahmad Tajudin. Borneo Akademika, 8 (1). pp. 20-31. ISSN 2735-2250
Identification Number (DOI): 10.24191/BA/v8i1/114055
Abstract

Pengiktirafan identiti kepada Sabah dan Sarawak melalui jaminan, perlindungan dan kedudukan istimewa di dalam Perlembagaan Persekutuan telah berlangsung hampir lebih enam dekad. Perlembagaan asimetri yang ditubuhkan dengan kebebasan autonomi yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak dalam kerangka negara persekutuan secara sederhana dirujuk sebagai etnofederalisme. Maka, artikel ini mengimbas etnofederalisme Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. Untuk lebih spesifik, ia cuba menganalisis kelangsungan Sabah dan Sarawak dalam kerangka etnofederalisme dari sudut aplikasi, limitasi dan implikasinya dalam Persekutuan Malaysia. Dengan menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif melalui kaedah pengumpulan data primer dan sekunder, di samping kaedah analisis kandungan, artikel ini berhujah bahawa praktis etnofederalisme Sabah dan Sarawak berhadapan dengan beberapa limitasi. Hal ini kemudiannya mewujudkan implikasi yang cenderung mencetuskan kebimbangan masyarakat dan pimpinan lokal berkenaan masa hadapan wilayah tersebut dalam Persekutuan Malaysia. Di akhir perbincangan, artikel ini merumuskan walaupun wujudnya kekhuatiran, namun hal ini tidaklah ke tahap yang boleh menggugat kestabilan dan melonggarkan kesepaduan persekutuan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 114055.pdf]
Text
114055.pdf
Download (337kB)
Indexing & Metrics