Abstract
Pengiktirafan identiti kepada Sabah dan Sarawak melalui jaminan, perlindungan dan kedudukan istimewa di dalam Perlembagaan Persekutuan telah berlangsung hampir lebih enam dekad. Perlembagaan asimetri yang ditubuhkan dengan kebebasan autonomi yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak dalam kerangka negara persekutuan secara sederhana dirujuk sebagai etnofederalisme. Maka, artikel ini mengimbas etnofederalisme Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. Untuk lebih spesifik, ia cuba menganalisis kelangsungan Sabah dan Sarawak dalam kerangka etnofederalisme dari sudut aplikasi, limitasi dan implikasinya dalam Persekutuan Malaysia. Dengan menggunakan reka bentuk penyelidikan kualitatif melalui kaedah pengumpulan data primer dan sekunder, di samping kaedah analisis kandungan, artikel ini berhujah bahawa praktis etnofederalisme Sabah dan Sarawak berhadapan dengan beberapa limitasi. Hal ini kemudiannya mewujudkan implikasi yang cenderung mencetuskan kebimbangan masyarakat dan pimpinan lokal berkenaan masa hadapan wilayah tersebut dalam Persekutuan Malaysia. Di akhir perbincangan, artikel ini merumuskan walaupun wujudnya kekhuatiran, namun hal ini tidaklah ke tahap yang boleh menggugat kestabilan dan melonggarkan kesepaduan persekutuan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad Tajudin, Abdul Aqmar UNSPECIFIED Zawawi, Hussain Yusri UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Groups and organizations > Group identity. Social identity |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sabah > Kota Kinabalu Campus |
Journal or Publication Title: | Borneo Akademika |
UiTM Journal Collections: | Listed > Borneo Akademika (BA) |
ISSN: | 2735-2250 |
Volume: | 8 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 20-31 |
Keywords: | Autonomi; Etnofederalisme; Sabah; Sarawak; Persekutuan Malaysia |
Date: | June 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/114055 |