Penggunaan online-based operations management performance (e-omp) untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar bagi subjek pengurusan operasi

Awang Kader, Mohd Aidil Riduan and Muhamed@Che Harun, Mohd Faizal Azrul Azwan and Mustapha, Musramaini and Mohd Zaki, Suhanom (2024) Penggunaan online-based operations management performance (e-omp) untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar bagi subjek pengurusan operasi. Gading Journal for Social Sciences, 27: 1. pp. 1-11. ISSN 2600-7568

Official URL: https://gadingssuitm.com/

Identification Number (DOI): 10.24191/gading.v27i0

Abstract

Pengurusan Operasi merupakan subjek yang wajib diambil oleh pelajar diploma dan ijazah di Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Subjek ini dianggap sukar dalam kalangan pelajar kerana mereka perlu mempelajari teori serta pengiraan pada masa yang sama. Ini dibuktikan oleh peratus kegagalan pelajar yang agak tinggi bagi subjek ini. Oleh itu, Online based Operations Management Performance (e-OMP) diperkenalkan dan digunakan sebagai kaedah alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. e-OMP bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan prestasi akademik pelajar melalui pendekatan yang lebih fleksibel dimana latihan dapat diakses dan dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Kaedah metodologi kajian kuantitatif berbentuk analisis data siri masa dari tahun 2012 sehingga 2020 digunakan dalam kajian ini untuk melihat keberkesanan penggunaan e-OMP bagi pelajar yang mengambil subjek Pengurusan Operasi di UiTM Pahang. Selain itu, proses penghasilan dan penggunaan e-OMP turut diterangkan. Objektif kajian ini adalah untuk menilai sejauh mana penggunaan e-OMP dapat membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar khususnya bagi subjek Pengurusan Operasi. Hasil kajian membuktikan bahawa penggunaan e-OMP dapat mengurangkan kadar peratus kegagalan pelajar dalam subjek ini. Ini ditambah dengan keupayaan e-OMP untuk menyediakan maklum balas segera kepada pelajar daripada segi pengiraan markah serta mengenal pasti tahap pemahaman pelajar terhadap soalan yang dikemukakan. Dapatan empirikal ini membuktikan bahawa e-OMP boleh digunakan oleh para pensyarah sebagai kaedah alternatif yang sangat mudah, fleksibel, dan menyeronokkan dalam membantu, membimbing, dan meningkatkan prestasi akademik pelajar.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Awang Kader, Mohd Aidil Riduan
aidilriduan@uitm.edu.my
Muhamed@Che Harun, Mohd Faizal Azrul Azwan
UNSPECIFIED
Mustapha, Musramaini
UNSPECIFIED
Mohd Zaki, Suhanom
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology
L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Gading Journal for Social Sciences
UiTM Journal Collections: UiTM Journals > Gading Journal for the Social Sciences (GADINGSS)
ISSN: 2600-7568
Volume: 27
Number: 0
Page Range: pp. 1-11
Keywords: Pelajar universiti, Pengurusan operasi, Prestasi akademik, Sistem dalam talian
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/114039
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 114039.pdf] Text
114039.pdf

Download (436kB)

ID Number

114039

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details