Memperketatkan penguatkuasaan enakmen kesalahan jenayah syariah terhadap kes hamil luar nikah oleh Pejabat Agama Islam Daerah Alor Gajah, Melaka / Mohd Arif Ariffin Abu Bakar, Azhar Abdul Aziz and Rafeah Saidon

Abu Bakar, Mohd Arif Ariffin and Abdul Aziz, Azhar and Saidon, Rafeah (2025) Memperketatkan penguatkuasaan enakmen kesalahan jenayah syariah terhadap kes hamil luar nikah oleh Pejabat Agama Islam Daerah Alor Gajah, Melaka / Mohd Arif Ariffin Abu Bakar, Azhar Abdul Aziz and Rafeah Saidon. Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS), 11 (1): 5. pp. 1-11. ISSN (e-ISSN) :0128-0902

Abstract

Kehamilan luar nikah merupakan kesalahan yang perlu diberi perhatian dan merupakan salah satu masalah sosial yang amat membimbangkan khususnya dalam kalangan masyarakat Islam. Dalam Islam, kehamilan luar nikah merupakan satu jenayah atau dikategorikan sebagai satu jenayah dan perbuatan dosa yang perlu dibendung serta dijauhi. Oleh itu, menjadi tangunggjawab Penguat Kuasa Agama untuk membendung dan menangani kesalahan tersebut melalui pengurusan pelaksanaan penguatkuasaan yang sistematik. Selain itu peruntukan undang-undang syariah dan hukuman yang lebih berkesan juga perlu dititikberatkan bagi meningkatkan kualiti penguatkuasaan undang-undang syariah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan penguatkuasaan Pejabat Agama Islam Daerah Alor Gajah, Melaka terhadap kesalahan jenayah syariah hamil luar nikah. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif menerusi reka bentuk analisis kandungan dengan merujuk kepada Akta atau Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri-negeri, jurnal-jurnal serta tesis-tesis yang berkaitan dan juga Statistik Kes Kesalahan Syariah di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 yang melibatkan kesalahan hamil luar nikah. Hasil kajian mendapati terdapat peruntukan undang-undang syariah bagi kesalahan hamil luar nikah di negeri Melaka iaitu di bawah seksyen 54 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka (EKSNM) 1991. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa penguatkuasaan telah dilaksanakan bagi membendung kesalahan tersebut khususnya di Daerah Alor Gajah, Melaka. Walau bagaimanapun, usaha ini perlu dilakukan secara berterusan berdasarkan keperluan semasa agar penguatkuasaan agama dapat menjadi sebuah agensi yang relevan dalam menangani kesalahan syariah hamil luar nikah dan mampu mengatasi isu-isu moral yang wujud khususnya di Melaka.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abu Bakar, Mohd Arif Ariffin
UNSPECIFIED
Abdul Aziz, Azhar
UNSPECIFIED
Saidon, Rafeah
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > The family. Marriage. Home > Illegitimacy. Unmarried mothers
K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh > Domestic relations (Islamic law). Family law
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS)
UiTM Journal Collections: UiTM Journals > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: (e-ISSN) :0128-0902
Volume: 11
Number: 1
Page Range: pp. 1-11
Keywords: hamil luar nikah, Pejabat Agama Islam Daerah Alor Gajah, Melaka, penguatkuasaan undang-undang, syariah
Date: March 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/113950
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 113950.pdf] Text
113950.pdf

Download (370kB)

ID Number

113950

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details