Proses transformasi bagi pendayaupayaan asnaf melalui agihan dana zakat di negeri Johor, Malaysia / Muhammad Suhaimi Sulong ... [et al.]

Sulong, Muhammad Suhaimi and Zainol, Nur Zainatul Nadra and Abdul Khalim, Mustapahayuddin and Wan Zahari, Wan Ainaa Mardhiah and Mohamad Malom, Ahmad Zaki (2025) Proses transformasi bagi pendayaupayaan asnaf melalui agihan dana zakat di negeri Johor, Malaysia / Muhammad Suhaimi Sulong ... [et al.]. Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS), 11 (1): 4. pp. 1-13. ISSN (e-ISSN) :0128-0902

Abstract

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) merupakan institusi rasmi yang berperanan mengumpulkan dan mengagihkan zakat secara efisien di dalam negeri Johor. Dari perspektif Malaysia, situasi semasa masih wujud tanggapan negatif dalam kalangan masyarakat terhadap institusi zakat. Beberapa kajian lepas telah menunjukkan beberapa punca yang menyebabkan masyarakat kurang yakin terhadap pengurusan dan pentadbiran zakat. Tanggapan sebegini berlaku disebabkan oleh beberapa isu seperti lambakan lebihan zakat tahunan yang banyak tidak diagihkan dan isu pengutamaan kepada kategori asnaf tertentu yang perlu diberikan perhatian oleh institusi zakat. Justeru, kajian ini melihat sejauh mana MAINJ berjaya menggunakan sumber dana dan sumbangan zakat bagi melaksanakan program atau aktiviti pendayaupayaan golongan asnaf melalui satu proses transformasi. Metodologi penyelidikan jenis kualitatif melalui kaedah temu bual dan analisis dokumen telah digunakan dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian ini mendapati peningkatan terhadap jumlah kutipan zakat di negeri Johor pada tahun 2018 hingga 2023 sentiasa bertambah jumlahnya menjadi bukti keberhasilan usaha pengutipan zakat di negeri ini. Beberapa program pendayaupayaan asnaf yang signifikan juga telah dilaksanakan kepada usahawan-usahawan asnaf dan telah dihuraikan dalam kajian ini selain mengetahui skim bantuan dana zakat yang disediakan oleh pihak MAINJ. Keseluruhan dapatan kajian ini telah dapat diterjemahkan ke satu model yang baru diperkenalkan iaitu Model IPOM (Input-ProsesOutput-Maklum balas). Justeru, kajian ini dapat membuka perspektif masyarakat umum mengenai usaha pengagihan zakat yang telah dilaksanakan oleh MAINJ sekali gus menngubah persepsi negatif terhadap institusi zakat di Malaysia secara amnya.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sulong, Muhammad Suhaimi
UNSPECIFIED
Zainol, Nur Zainatul Nadra
UNSPECIFIED
Abdul Khalim, Mustapahayuddin
mustapa@uthm.edu.my
Wan Zahari, Wan Ainaa Mardhiah
UNSPECIFIED
Mohamad Malom, Ahmad Zaki
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS)
UiTM Journal Collections: UiTM Journals > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: (e-ISSN) :0128-0902
Volume: 11
Number: 1
Page Range: pp. 1-13
Keywords: Agihan zakat, asnaf, MAINJ, pendayaupayaan asnaf proses transformas
Date: March 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/113948
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 113948.pdf] Text
113948.pdf

Download (579kB)

ID Number

113948

Indexing

Altmetric
PlumX
Dimensions

Statistic

Statistic details