Peranan algoritma suapan berita terhadap pembentukan pengetahuan politik dalam kalangan pengundi muda baharu di Malaysia / Nurshahidah Sah Allam … [et al.]

Sah Allam, Nurshahidah and Mustaffa, Normah and Ali, Mohd Nor Shahizan and Hassan, Mohd Sufiean (2025) Peranan algoritma suapan berita terhadap pembentukan pengetahuan politik dalam kalangan pengundi muda baharu di Malaysia / Nurshahidah Sah Allam … [et al.]. e-Journal of Media and Society (e-JOMS), 8 (1). pp. 101-112. ISSN 2682-9193

Abstract

Ledakan teknologi komunikasi dan maklumat pada hari ini membuka platform kepada golongan muda terutama pengundi muda baharu untuk mendapat akses maklumat politik. Hal ini mendorong kepada pelaksanaan polisi penurunan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun di Malaysia. Teknologi komunikasi dan maklumat memainkan peranan penting dalam meningkatkan akses kepada berita politik sehingga membentuk struktur pengetahuan politik yang kukuh untuk mendorong tindakan menyertai aktiviti politik. Media mempunyai peranan yang kuat dalam membentuk minat politik, memperkukuh struktur pengetahuan politik dan akhirnya, mendorong kepada tingkahlaku menyertai aktiviti politik. Namun, dalam konteks pengundi muda baharu kurang perbincangan dilaporkan dan jurang pengetahuan mengenai trend penyertaan politik masih kurang diberi perhatian oleh penyelidik. Isu utama adalah tingkahlaku pengundi muda baharu adalah tidak sama pendekatannya dengan pengundi yang senior dan berpengalaman. Permasalahan yang dikenalpasti adalah tahap minat politik dan pengetahuan politik yang rendah dijangka memberi kesan kepada tahap penyertaan politik pengundi muda baharu. Di samping itu, kurang kefahaman terhadap trend penyertaan politik pengundi muda baharu memberi kesan kepada sfera politik negara. Objektif artikel ini adalah untuk membincangkan 1) peranan media kepada pengundi muda baharu, 2) fungsi algoritma suapan berita dalam mendedahkan pengundi muda baharu dengan kandungan politik dan 3) trend penyertaan politik pengundi muda baharu. Artikel ini secara komprehensif membincangkan kepentingan peranan media, keberkesanan fungsi algoritma suapan berita dan trend penyertaan politik sebagai asas pelengkap pembentukan bingkai tingkahlaku keputusan mengundi dalam kalangan pengundi muda baharu untuk kajian di masa hadapan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sah Allam, Nurshahidah
shahidah321@uitm.edu.my
Mustaffa, Normah
UNSPECIFIED
Ali, Mohd Nor Shahizan
UNSPECIFIED
Hassan, Mohd Sufiean
UNSPECIFIED
Subjects: J Political Science > JF Political institutions and public administration > Elections. Electoral systems. Voting
P Language and Literature > PN Literature (General) > Journalism. The periodical press, etc. Press
Q Science > QA Mathematics > Instruments and machines > Electronic Computers. Computer Science > Algorithms
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Communication and Media Studies
Journal or Publication Title: e-Journal of Media and Society (e-JOMS)
ISSN: 2682-9193
Volume: 8
Number: 1
Page Range: pp. 101-112
Keywords: Pengundi muda baharu; Algoritma suapan berita; Penyertaan politik; Media social; Pengetahuan politik
Date: January 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/113809
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 113809.pdf] Text
113809.pdf

Download (208kB)

ID Number

113809

Indexing

Statistic

Statistic details