Transformasi pendidikan global / Siti Suhaidah Sahab, Johan @ Eddy Luaran and Farah Qhairunnisa Mohd Yazid

Sahab, Siti Suhaidah and Luaran, Johan @ Eddy and Mohd Yazid, Farah Qhairunnisa (2024) Transformasi pendidikan global / Siti Suhaidah Sahab, Johan @ Eddy Luaran and Farah Qhairunnisa Mohd Yazid. UiTM Press, Universiti Teknologi MARA (UiTM). ISBN 978-629-496-000-8

Abstract

Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS) Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan entiti yang berperanan dalam menyediakan pendidikan berterusan kepada pelajar dewasa dan profesional di Malaysia. Melalui lebih daripada 50 tahun pengalaman dalam bidang ini, iCEPS telah menjadi pencetus transformasi pendidikan berterusan di negara ini. iCEPS menawarkan pelbagai program pengajian profesional dan berterusan yang merangkumi pelbagai bidang seperti perniagaan, sains, teknologi maklumat, kewangan, sumber manusia, dan banyak lagi. Programprogram ini dirangka khusus untuk memenuhi keperluan individu yang ingin meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka, sama ada untuk pembangunan kerjaya atau peningkatan diri. Selain itu, iCEPS turut menyediakan kursus-kursus pendidikan berterusan dalam talian yang membolehkan pelajar mengakses pembelajaran tanpa mengira jarak geografi. Hal ini merupakan langkah proaktif dalam memastikan aksesibiliti kepada pendidikan yang berkualiti. Ketekunan iCEPS dalam penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pendidikan berterusan telah membantu memacu inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan kerjasama dengan industri dan agensi kerajaan adalah bagi memastikan programprogram mereka sentiasa relevan dengan keperluan pasaran kerja. Selain itu, iCEPS juga terkenal dengan penyediaan kursus persediaan peperiksaan profesional dan pensijilan yang diiktiraf, serta memberi peluang kepada graduan untuk mendapatkan pengiktirafan dan kebolehpasaranyang lebih baik. Slogan "Preparation for Life" bagi iCEPSmenggambarkan komitmen iCEPS dalam memberikan pendidikan sepanjang hayat yang membantu masyarakat bersedia untuk cabaran kehidupan, memberi penekanan kepada pembelajaran yang relevan dan keupayaan untuk berkembang dalam dunia yang sentiasa berubah. Pengiktirafan dan reputasi iCEPS sebagai pemimpin dalam pendidikan berterusan di Malaysia menjadikannya destinasi pilihan bagi individu yang berhasrat untuk terus memperbaiki diri dan mencapai kejayaan dalam kerjaya mereka. Institut ini terus berusaha untuk meneraju transformasi pendidikan berterusan di Malaysia dan memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan modal insan negara.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sahab, Siti Suhaidah
UNSPECIFIED
Luaran, Johan @ Eddy
UNSPECIFIED
Mohd Yazid, Farah Qhairunnisa
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > University and college. Academic libraries
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Penerbit UiTM (UiTM Press)
Keywords: iCEPS, transformasi pendidikan, global
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/113732
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 113732.pdf] Text
113732.pdf

Download (2MB)

ID Number

113732

Indexing

Statistic

Statistic details