Abstract
12 Oktober 2022 - Satu sesi taklimat yang bertajuk Kembara Semangat Melaka oleh Bonda Nor telah diadakan di Bilik Seminar, UiTM Kampus Bandaraya Melaka dengan kerjasama antara Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya dan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Taklimat tersebut telah berlangsung selama 2 jam dan telah bermula pada jam 2.00 petang. Pada sesi tersebut, Bonda Nor telah berkongsi pelbagai motivasi diri yang terdapat didalam Hadis dan juga AI-Quran. Antara buku-buku motivasi Bonda Nor yang terhangat di pasaran adalah seperti Bangkit, Pagi, Wanita Bangkit, Cinta ke Syurga dan juga Allah Teratas. Jualan buku hasil penulisan Bonda Nor juga turut dijalankan di Bilik Seminar Aras 16, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Perpustakaan Tun Abdul Razak, Bahagian Korporat dan Kolaborasi korporatptar@uitm.edu.my |
Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Library information networks Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science > Classes of libraries > Academic libraries |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
Journal or Publication Title: | IQRA': Buletin Perpustakaan Tun Abdul Razak |
ISSN: | 2735-1920 |
Keywords: | Kem Bara Semangat Melaka |
Collections: | Buletin IQRA' |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/113565 |