Kajian kepuasan pelanggan PERKESO dalam tuntutan faedah hilangupaya kekal bagi kawasan Kuching / Roslan Seri and Zainal Abidin Musa

Seri, Roslan and Musa, Zainal Abidin (2003) Kajian kepuasan pelanggan PERKESO dalam tuntutan faedah hilangupaya kekal bagi kawasan Kuching / Roslan Seri and Zainal Abidin Musa. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat tahap kepuasan pelanggan hilangupaya kekal, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam memenuhi tuntutan hilangupaya kekal tersebut. Kajian ini juga, cuba untuk mengenalpasti apakah faktor- faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan pelanggan hilangupaya kekal. Oleh itu objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengukur tahap kepuasan pelanggan PERKESO berkaitan dengan tuntutan Faedah Hilangupaya Kekal, untuk mengenalpasti apakah masalah-masalah yang menyebabkan kelewatan memproses
tuntutan Faedah Hilangupaya Kekal, untuk mendapatkan maklumbalas yang menyeluruh daripada pelanggan PERKESO berkaitan dengan tuntutan Faedah Hilangupaya Kekal dan untuk mengkaji serta membuat cadangan bagi mempertingkatkan tempoh pemprosesan tuntutan Faedah Hilangupaya Kekal. Skop kajian adalah berkaitan dengan tuntutan Faedah Hilangupaya Kekal yang dilaporkan dan didaftarkan di Pejabat Tempatan PERKESO Kuching di mana kawasan-kawasan tersebut meliputi Bahagian Kuching, Samarahan, Lundu, Bau dan Serian. Manakala teknik Pensampelan pula adalah pensampelan rawak mudah dan populasi yang dipilih adalah Faedah Hilangupaya Kekal dan unsur-unsumya pula adalah terdiri daripada penerima faedah hilangupaya kekal. Melalui teknik ini, unsur-unsur dalam populasi yang berkenaan mempunyai kesempatan atau peluang dalam populasi berkenaan. Dalam kajian ini, 200 bilangan sampel ditetapkan bagi mewakili unsur-unsur dalam populasi tersebut. Dengan itu, adalah diharapkan kajian ini akan menjadi panduan bagi pihak jabatan yang berkenaan mengatur strategi yang lebih berkesan bagi mencapai tahap kepuasan yang tinggi di kalangan pelanggan hilangupaya kekal.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Seri, Roslan
-
Musa, Zainal Abidin
-
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Study and teaching. Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan II Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies
Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan II Campus
Programme: Faculty of Administrative Science and Policy Studies
Keywords: tuntutan, faedah, hilangupaya
Date: 2003
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/113474
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 113474.pdf] Text
113474.pdf

Download (612kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

113474

Indexing

Statistic

Statistic details