Abstract
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya jua lstiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-93 berjaya dianjurkan dengan jayanya. Pada konvokesyen kali ini, seramai 27,287 graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian akan menerima diploma dan ijazah dalam bidang masing-masing. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua graduan kerana telah berjaya mencapai kejayaan menggenggam segulung ijazah pada hari yang bersejarah ini. Saya percaya, kejayaan ini sudah pasti didasari oleh kecekalan, daya juang dan semangat yang tinggi dalam diri saudara saudari sendiri serta sokongan ibu bapa yang sentiasa mengiringi perjuangan para graduan sepanjang pengajian di universiti. Sebagai sebuah universiti yang memupuk kesarjanaan dan membina kecemerlangan akademik bangsanya, UiTM mengalas cabaran besar untuk bersaing menjadi yang terkehadapan dengan institusi pengajian tinggi lain di dalam dan luar negara. UiTM kini semakin hari semakin dikenali dan dihormati oleh universiti-universiti terkemuka di dunia. Tidak syak lagi, di mata mereka, UiTM diiktiraf terutama dalam soal peranan dan sumbangan kepada pembangunan modal insan dan sosial negara.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Jabatan Komunikasi Korporat bkk@uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Graduate education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
Keywords: | UiTM, konvokesyen, graduan |
Collections: | Konvokesyen UiTM |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/113359 |