Abstract
Puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT, atas segala mkmat dan hidayah yang diberikan Hanya dengan izinNyalah E-Book Compilation of Unveiling the Nexus of Complex Challenges in Accounting, Finance and Management (2023) edisi sulung ini dapat diterbitkan. Terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan E-Book ini, khususnya kepada warga pasukan sidang Redaksi dan Juga Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan UITM Perlis yang tidak jemu memberi cadangan, idea dan sokongan dan juga buat warga pasukan Sidang Redaksi.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya warga pasukan Sidang Redaksi, Jawatankuasa Penerbitan, PenyelidIkan dan lnovasI Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Perlis yang sentiasa memben sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi dalam usaha penerbltan E-Book ini.
Pada penerbitan edisi pertama ini, kami menerbitkan 17 buah penulisan ilmiah dalam pelbagai bidang. Artikel yang diterbitkan ini adalah hasil sumbangan daripada para pensyarah Fakulti Perakaunan UITM Cawangan Perlis dan juga penglibatan daripada warga Universitas Sumatera Utara. Sumbangan dari semua pihak sangatlah dialu-alukan pada edisi akan datang. Kami berharap E -book ini dapat menjadi medium untuk menyerlahkan dan mengasah bakat menulis bukan sahaja terhad dalam bidang perakaunan malahan penulisan dalam bidang yang lain juga.
Akhir kalam, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya ada kekhilafan yang dilakukan sepanjang proses penerbitan E-Book Compilation of Unveiling the Nexus of Complex Challenges in Accounting, Finance and Management (2023)' ini. Harapan saya agar tahun-tahun seterusnya seluruh warga Fakulti Perakaunan akan lebih bersemangat dan komited bagi memantapkan lagi E-Book ini. Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah SWT dan kekurangannya dari pihak kami sendiri.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM Cawangan Perlis, Fakulti Perakaunan UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Accounting. Bookkeeping |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perlis > Arau Campus > Faculty of Accountancy |
Keywords: | Accounting, Finance, Management |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/113265 |