Samarahan amazing fun race dan komuniti Samarahan bersih dan sihat: sumbangan UiTM Cawangan Sarawak kepada Kota Ilmu Samarahan / Dr Azlina Bujang

Bujang, Azlina (2024) Samarahan amazing fun race dan komuniti Samarahan bersih dan sihat: sumbangan UiTM Cawangan Sarawak kepada Kota Ilmu Samarahan / Dr Azlina Bujang. Buletin Komunikasi UiTM Sarawak: Sinergi Lestari, 1 (1): 16. p. 22. ISSN 3083-8177
Abstract

Pada 29 Jun 2024, UiTM Cawangan Sarawak telah menyertai Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) dalam penganjuran dua program komuniti yang bertempat di Tasik Desa Ilmu, Kota Samarahan. Program yang dilaksanakan adalah Samarahan Amazing Fun Race dan Komuniti Samarahan Bersih dan Sihat (Plogging & 10,000 Langkah). Samarahan Amazing Fun Race adalah acara utama yang dianjurkan dengan kerjasama UiTM Cawangan Sarawak. Program ini melibatkan penyertaan seramai 70 pelajar dari SMK Muara Tuang dan SMK Kota Samarahan. Acara ini bertujuan untuk menguji kebolehan mental dan fizikal peserta melalui pelbagai cabaran dan aktiviti yang direka untuk memupuk semangat kerjasama, penyelesaian masalah, dan ketahanan fizikal. Sukarelawan dari pelajar-pelajar Komander UiTM Cawangan Sarawak memainkan peranan penting dalam pelaksanaan dan pengurusan acara ini, memastikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 113134.pdf]
Text
113134.pdf
Download (171kB)
Indexing & Metrics