Abstract
Pada 29 Jun 2024, UiTM Cawangan Sarawak telah menyertai Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) dalam penganjuran dua program komuniti yang bertempat di Tasik Desa Ilmu, Kota Samarahan. Program yang dilaksanakan adalah Samarahan Amazing Fun Race dan Komuniti Samarahan Bersih dan Sihat (Plogging & 10,000 Langkah). Samarahan Amazing Fun Race adalah acara utama yang dianjurkan dengan kerjasama UiTM Cawangan Sarawak. Program ini melibatkan penyertaan seramai 70 pelajar dari SMK Muara Tuang dan SMK Kota Samarahan. Acara ini bertujuan untuk menguji kebolehan mental dan fizikal peserta melalui pelbagai cabaran dan aktiviti yang direka untuk memupuk semangat kerjasama, penyelesaian masalah, dan ketahanan fizikal. Sukarelawan dari pelajar-pelajar Komander UiTM Cawangan Sarawak memainkan peranan penting dalam pelaksanaan dan pengurusan acara ini, memastikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Bujang, Azlina azlina80@uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin Komunikasi UiTM Sarawak: Sinergi Lestari |
ISSN: | 3083-8177 |
Volume: | 1 |
Number: | 1 |
Page Range: | p. 22 |
Keywords: | fun race, komuniti Samarahan, bersih dan sihat, program komuniti |
Collections: | UiTM Sarawak Publication |
Date: | 29 June 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/113134 |