Abstract
Pada 12 dan 13 Januari 2024, para pelajar yang mengambil kod kursus HPD221 Public Speaking II yang merupakan salah satu kod kurikulum di bawah Unit Kokurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah mengadakan satu program khidmat komuniti yang bertemakan pemeliharaan alam sekitar yang diberi nama ‘A Cleaner Coast, A Better Future’ bertempat di Kampung Santubong, Sarawak. Program ini melibatkan kerjasama antara Unit Kokurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Sarawak (UiTM), P193 Santubong dan PPSEAWA Sarawak Chapter. Seramai 30 pelajar dari Kampus Samarahan dan Kampus Samarahan 2, UiTM Cawangan Sarawak dan 3 orang kakitangan akademik iaitu Puan Hajah Aiza binti Johari, Dr Abang Fhaeizdhyall bin Abang Madaud, pensyarah dari Akademi Pengajian Bahasa dan Encik Adib bin Sarkawi, pensyarah kanan dari Jabatan Sains Komputer, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik antara mereka yang menjadi tulang belakang untuk menjayakan program dan mencapai objektinya. Mereka turut berkolaborasi bersama ahli PPSEAWA Sarawak Chapter dan penduduk kampung bagi membantu dalam menjayakan setiap aktiviti yang telah dirancang.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Johari, Aiza UNSPECIFIED Sarkawi, Adib UNSPECIFIED Bujang, Azlina UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin Komunikasi UiTM Sarawak: Sinergi Lestari |
ISSN: | 3083-8177 |
Volume: | 1 |
Number: | 1 |
Page Range: | p. 19 |
Keywords: | Program Khidmat Komuniti, kurikulum, perkongsian dan pemindahan ilmu |
Collections: | UiTM Sarawak Publication |
Date: | 13 January 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/113131 |