Abstract
Pada 8 Jun 2024, seramai 40 orang pelajar yang mengambil kod kurikulum HGD133 yang diselia oleh Puan Nuriza Vaizura binti Zidiee telah mengadakan Program Kesihatan Sepanjang Hayat di Kampung Sungai Mata, Kota Samarahan. Tujuan program adalah untuk menerapkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran di kampung sekaligus dapat membina ukhwah antara para pelajar UiTM Cawangan Sarawak dan penduduk kampung tersebut. Program bermula dengan aktiviti senamrobik yang disertai oleh seramai 40 orang kanakkanak dan 15 orang dewasa. Sekitar jam 9.00 pagi, aktiviti mural, pertandingan mewarna, aktiviti mengutip sampah sekitar kampung, sesi temu bual bersama Syarikat Pawida dan slot ceramah yang disampaikan oleh saudara Danish Nabiel, pelajar UiTM Cawangan Sarawak tentang tips menghadapi peperiksaan melalui penggunaan T-Notes dijalankan secara serentak.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zidiee, Nurizavaizura UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin Komunikasi UiTM Sarawak: Sinergi Lestari |
ISSN: | 3083-8177 |
Volume: | 1 |
Number: | 1 |
Page Range: | p. 17 |
Keywords: | program kesihatan sepanjang hayat, khidmat komuniti, kepentingan menjaga kebersihan |
Collections: | UiTM Sarawak Publication |
Date: | 8 June 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/113124 |