Seni membuka dimensi baru bersama kanak-kanak autisme / Dr. Muhamad Hafiz Hassan, Dr. Azlina Bujang and Dr. Valerie Michael

Hassan, Muhamad Hafiz and Bujang, Azlina and Michael, Valerie (2024) Seni membuka dimensi baru bersama kanak-kanak autisme / Dr. Muhamad Hafiz Hassan, Dr. Azlina Bujang and Dr. Valerie Michael. Bulletin. Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Sarawak.
Abstract

Sehelai kanvas putih menanti sentuhan, palet dipenuhi warna-warni yang menarik, dan berus-berus siap menggoreskan keindahan. Suasana ini menggambarkan konsep utama program 'ART'UISM: Intuition-Artistic-Autism', iaitu menggunakan seni sebagai medium untuk membantu kanak-kanak autisme menerokai potensi diri mereka. Pada 17 Februari 2024, bertempat di La Promenade Mall, Kota Samarahan. Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak telah berkolaborasi dengan pihak Kuching Autistic Association untuk menganjurkan program khidmat masyarakat yang memberi inspirasi baru kepada dunia autisme. Seramai 18 orang kanak-kanak autisme, diiringi ibu bapa dan penjaga mereka telah menyertai program ini. Melalui aktiviti mewarna dan melukis ‘doodle’, mereka telah diberi dengan peluang untuk menzahirkan kreativiti tanpa batasan. Setiap coretan dan warna yang dicampurkan mewakili ekspresi jiwa kanak-kanak tersebut, membuka dimensi baru dalam kehidupan mereka.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 113119.pdf]
Text
113119.pdf
Download (124kB)
Indexing & Metrics