Abstract
Sehelai kanvas putih menanti sentuhan, palet dipenuhi warna-warni yang menarik, dan berus-berus siap menggoreskan keindahan. Suasana ini menggambarkan konsep utama program 'ART'UISM: Intuition-Artistic-Autism', iaitu menggunakan seni sebagai medium untuk membantu kanak-kanak autisme menerokai potensi diri mereka. Pada 17 Februari 2024, bertempat di La Promenade Mall, Kota Samarahan. Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak telah berkolaborasi dengan pihak Kuching Autistic Association untuk menganjurkan program khidmat masyarakat yang memberi inspirasi baru kepada dunia autisme. Seramai 18 orang kanak-kanak autisme, diiringi ibu bapa dan penjaga mereka telah menyertai program ini. Melalui aktiviti mewarna dan melukis ‘doodle’, mereka telah diberi dengan peluang untuk menzahirkan kreativiti tanpa batasan. Setiap coretan dan warna yang dicampurkan mewakili ekspresi jiwa kanak-kanak tersebut, membuka dimensi baru dalam kehidupan mereka.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hassan, Muhamad Hafiz UNSPECIFIED Bujang, Azlina UNSPECIFIED Michael, Valerie UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin Komunikasi UiTM Sarawak: Sinergi Lestari |
ISSN: | 3083-8177 |
Volume: | 1 |
Number: | 1 |
Page Range: | p. 12 |
Keywords: | autisme, ART'UISM, Kuching Autistic Association, program Tanggungjawab Social Universiti (USR) |
Collections: | UiTM Sarawak Publication |
Date: | 17 February 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/113119 |