Abstract
Program Kembara D’Bankers: Tautan Mahabbah Rumah PERYATIM Sibu yang bertempat di Komplek Kebajikan Juma'ani Tuanku Haji Bujang Sibu telah berlangsung dengan jayanya pada 8 Jun 2024. Seramai 32 pelajar dan 3 pensyarah UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah telah menyertai program tersebut bersama 61 orang staf dan penghuni rumah PERYATIM. Program ini dianjurkan oleh Persatuan D’Bankers UiTM Mukah, English Language Society UiTM Mukah dan Jawatankuasa Pengurusan PERYATIM Sibu. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat cinta terhadap budaya tolong-menolong sesama masyarakat serta berganding bahu dalam menjaga kebajikan anak-anak yatim. Selain itu, program ini turut menjadi landasan bagi para mahasiswa universiti bergaul bersama komuniti bagi mengukuhkan nilai kepimpinan, komunikasi dan kemahiran insaniah dalam diri mahasiswa dengan masyarakat setempat.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Punding, Azlan Yusof azlanyusof@uitm.edu.my Sheikh Mohammad, Sitti Hawa sitti5421@uitm.edu.my Mejri, Norazimah UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Mukah Campus > Faculty of Business and Management |
Journal or Publication Title: | Buletin Komunikasi UiTM Sarawak: Sinergi Lestari |
ISSN: | 3083-8177 |
Volume: | 1 |
Number: | 1 |
Page Range: | p. 10 |
Keywords: | D'Bankers, program komuniti, kebajikan, PERYATIM |
Collections: | UiTM Sarawak Publication |
Date: | 8 June 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/113117 |