Abstract
Perindustrian merupakan salah satu daripada sumber ekonomi yang terpenting bagi Malaysia. Pada masa kini banyak kawasan-kawasan perindustrian telah dimajukan oleh kerajaan bagi menambah akan keperluan permintaan bagi kawasan industri oleh pihak pelabur daripada luar negara. Bagi membantu perkembangan kawasan industri yang telah dibangunkan terdapat beberapa faktor yang perlu diambilkira seperti kemudahan infrastruktur dan beberapa faktor lain. Salah satu daripada faktor tersebut adalah sumber gunatenaga yang mencukupi yang mana dengan sumber gunatenaga yang mencukupi kawasan industri tersebut akan terus membangun. Namun begitu di dalam kajian ini di dapati bahawa perkembangan industri bagi kawasan Pasir Gudang adalah disebabkan daripada ramainya bilangan pekerja yang bergerak daripada luar kawasan tersebut dan terjadinya perkara ini telah menyebabkan terjadinya masalah kekurangan permintaan perumahan bagi kawasan tersebut. Masalah mobiliti yang terjadi di dalam kawasan kajian adalah kebanyakannya datang dari mereka yang bekerja di kawasan industri dan dengan hasil kajian ini maka beberapa cadangan dibentuk bagi mengurangkan mobiliti dan menambah permintaan perumahan.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Maslan, Abdul Razak UNSPECIFIED Zainudin, Nor Ashikin UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Date: | 1991 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1130 |
Download
PPd_ABDUL RAZAK MASLAN AP 91_5 P01.pdf
Download (106kB) | Preview