Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA Ke-61: April 2005

UiTM Shah Alam, Jabatan Komunikasi Korporat (2005) Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA Ke-61: April 2005. Jabatan Komunikasi Korporat, UiTM, Shah Alam.

Abstract

Saya bersyukur kerana universiti ini - universiti kebanggaan anak-anak bangsa kita ini sejak berzaman zaman berkesempatan sekali lagi untuk meraikan semua tetamu dalam satu proses pengiktirafan yang merupakan amalan akademik secara tradisi melalui Istiadat Konvokesyen ke 61 ini. Istiadat Konvokesyen adaiah amalan pusat pengajian tinggi yang menggabungkan unsur-unsur simbolisme, estetika dan ritual yang sangat bermakna kepada semua bakal graduan serta orang-orang yang terdekat dengan mereka. Bagaimanapun, tidak sebagaimana yang barangkali sering disangkakan orang, istiadat ini bukanlah hanya upacara rasmi mengenai penganugerahan ijazah kepada graduan semata-mata. Memanglah menganugerahkan ijazah itu sebahagian daripada tujuan istiadat seperti ini diadakan. Bagaimanapun, apa yang turut penting adaiah kenyataan betapa perlambangan-perlambangan penting yang diselitkan dalam istiadat konvokesyen - seperti pengisytiharan graduan, pernyataan-pernyataan yang disampaikan, serta perkumpulan secara serentak bersama-sama ibubapa serta ahli keluarga - dengan sendirinya menandai proses awal ketibaan graduan pada suatu titik sementara di dalam kehidupan mereka. Titik iniiah yang kemudiannya akan diteruskan perjalanannya oleh setiap graduan berpandukan kepada apa yang mereka miliki, percaya, yakin dan kemudiannya diamalkan sebagai memulakan proses mematangkan kedewasaan mereka.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM Shah Alam, Jabatan Komunikasi Korporat
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Graduate education > Graduate students
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Keywords: UiTM, konvokesyen, graduan
Collections: Konvokesyen UiTM
Date: 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/112943
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 112943.pdf] Text
112943.pdf

Download (32MB)

ID Number

112943

Indexing

Statistic

Statistic details